• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Hilang Dibaham Buaya Ketika Memancing

oleh Mohd Arshad
08/07/2025
dalam Terkini
0
Lelaki Hilang Dibaham Buaya Ketika Memancing
Share on FacebookShare on Twitter

LIMBANG – Seorang lelaki dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya ketika sedang memancing di tebing sungai berhampiran Kampung Pandam di sini petang Selasa.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada jam 3.13 petang.

“Mangsa dikenali sebagai Karim Osman, 58, dipercayai dibaham buaya semasa melakukan aktiviti memancing di tebing sungai. Saksi kejadian memaklumkan hanya barang-barang peribadi dan peralatan memancing milik mangsa ditemukan di lokasi,” menurut kenyataan itu pada Selasa.

PGO JBPM Sarawak memaklumkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang tiba di lokasi yang terletak kira-kira 63 kilometer dari balai itu pada jam 4.30 petang bersama tiga anggota, sebuah bot dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Menurut kenyataan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari pertama digerakkan sejauh satu kilometer ke hilir dari lokasi mangsa diserang buaya.

“Pasukan operasi melaporkan melihat seekor buaya timbul seketika dengan objek menyerupai jasad manusia berada di dalam mulut reptilia berkenaan. Bagaimanapun atas faktor keselamatan dan keadaan cuaca yang semakin gelap, operasi terpaksa ditangguhkan pada 6.17 petang,” menurut kenyataan itu.

-Sinar Harian

Tags: Buayamemancing
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

16/02/2026
0

  SIMEULUE, INDONESIA – Seorang wanita dilaporkan maut selepas diserang seekor buaya muara ketika sedang mencari lokan di kawasan muara...

Buaya Sesat Muncul Di Jalan Raya Marina, Miri

Buaya Sesat Muncul Di Jalan Raya Marina, Miri

02/11/2025
0

Buaya Sesat Muncul di Jalan Raya Marina, Miri   MIRI: Pengguna jalan raya di kawasan Marina Fasa 1 di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd