• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sidang Kemuncak ASEAN: KL ‘Lockdown’ Penuh, 16,000 Polis Kawal Keselamatan

oleh Mohd Arshad
14/10/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Sidang Kemuncak ASEAN: KL ‘Lockdown’ Penuh, 16,000 Polis Kawal Keselamatan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Pusat Bandaraya Kuala Lumpur akan ditutup sepenuhnya apabila Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 minggu depan.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata polis akan berada dalam keadaan berjaga-jaga tinggi dari 23 hingga 28 Oktober.

“Polis akan menggerakkan kira-kira 16,000 anggota dari seluruh negara, khususnya dari negeri-negeri bersempadan dengan Kuala Lumpur, bermula 23 Oktober bagi membantu dan melancarkan aliran trafik.

“Pusat Bandaraya Kuala Lumpur akan ditutup sepenuhnya dan polis tidak akan berkompromi terhadap aspek keselamatan,” katanya pada sidang media.

Sidang kemuncak itu dijadual bermula pada 26 Oktober ini.

Beliau menambah bahawa presiden Brazil, Afrika Selatan dan beberapa pemimpin dunia lain akan hadir sebagai Rakan Dialog Sektoral ASEAN.

Cyprus dan Finland juga dijangka menjadi rakan dialog baharu ASEAN.

Kira-kira 70 buah sekolah akan beralih kepada kelas dalam talian, manakala penjawat awam yang bekerja dalam lingkungan 25 kilometer dari pusat bandar akan bekerja dari rumah sepanjang tempoh sidang kemuncak tersebut.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump turut dijangka menghadiri sidang kemuncak berkenaan.

BHonline-

Tags: kuala lumpurSidang Kemuncak ASEAN Ke-47
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Bekas Menteri Wilayah Kesal Dakwaan Hannah Yeoh – Kuala Lumpur Zaman BN Ibarat “Neraka”

Bekas Menteri Wilayah Kesal Dakwaan Hannah Yeoh – Kuala Lumpur Zaman BN Ibarat “Neraka”

27/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Wilayah Persekutuan sekitar tahun 80-an, Tan Sri Shahrir Ab Samad membidas kenyataan Hannah Yeoh yang...

Veteran DAP Bantah Rancangan Bina Masjid Warisan di Hadapan TRX

Veteran DAP Bantah Rancangan Bina Masjid Warisan di Hadapan TRX

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim menggesa supaya cadangan pembinaan Masjid Warisan di sebuah tapak di hadapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd