• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rundingan Perdagangan Malaysia-AS Diumum Ahad Ini – Tengku Zafrul

oleh Mohd Arshad
dalam Utama & Sensasi
0
Rundingan Perdagangan Malaysia-AS Diumum Ahad Ini – Tengku Zafrul
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini mengesahkan rundingan perjanjian perdagangan antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) sudah berada di peringkat akhir.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara itu, sebaliknya berkata, ia akan diumumkan pada Ahad ini.

Menyentuh mengenai rundingan tarif, Tengku Zafrul berkata, terdapat kemungkinan perjanjian itu akan dimuktamadkan dan ditandatangani sewaktu lawatan Presiden AS, Donald Trump ke Malaysia.

“Rundingan mengenai tarif dijalankan secara dua hala antara AS dan negara-negara lain termasuklah negara anggota ASEAN.

“Untuk Malaysia, ia juga sama seperti negara lain, rundingan ini masih lagi berlangsung,” katanya dalam sidang akhbar sempena Sidang Kemuncak ASEAN, di sini hari ini.

Dalam sidang akhbar itu, Zafrul turut menyentuh kejayaan yang dicapai dalam Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) ke-26 yang berlangsung hari ini dan dihadiri oleh menteri daripada 10 negara ASEAN serta Timor-Leste sebagai pemerhati.

“Mesyuarat hari ini adalah penting bukan sahaja bagi Malaysia, tetapi juga untuk seluruh komuniti ASEAN kerana kita sedang bersiap sedia dalam agenda pasca 2025 seperti digariskan dalam Wawasan Komuniti ASEAN 2045, khususnya Pelan Strategik AEC 2026-2030.

“Ini sebagai langkah penting ke arah merealisasikan matlamat ASEAN untuk menjadi blok ekonomi yang makmur, stabil dan berdaya tahan, seterusnya menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang tahun 2030,” katanya.

BHonline-

Tags: Amerika SyarikatMalaysiarundingan perdagangan
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Malaysia Juga Wajar Haramkan Bank Dunia, IMF, Syarikat Komputer Gergasi, AI Dan Gajet Dari AS – Zaid Ibrahim

Malaysia Juga Wajar Haramkan Bank Dunia, IMF, Syarikat Komputer Gergasi, AI Dan Gajet Dari AS – Zaid Ibrahim

24/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia juga wajar mengharamkan Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan setiap syarikat komputer gergasi, syarikat kecerdasan...

Malaysia Terima Sistem Anti-Dron RM40 Juta Daripada Jepun – Khaled Nordin

Malaysia Terima Sistem Anti-Dron RM40 Juta Daripada Jepun – Khaled Nordin

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia bakal menerima bantuan sistem pertahanan anti-dron bernilai kira-kira RM40 juta daripada Jepun menerusi program Bantuan Keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd