• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Negara Memasuki Fasa Peralihan Monsun Aktif, Cuaca Panas Bakal Reda

oleh Mynewshub
12/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Negara Memasuki Fasa Peralihan Monsun Aktif, Cuaca Panas Bakal Reda
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Negara kini memasuki fasa peralihan monsun aktif dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca lebih lembap serta berpotensi berlaku ribut petir dan hujan lebat di kebanyakan kawasan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia khususnya di barat dan pedalaman Semenanjung termasuk Johor dan Melaka serta pedalaman Sabah dan Sarawak.

“Perubahan ini sedikit sebanyak membantu mengurangkan cuaca panas yang kita rasai sebelum ini. Namun, beberapa kawasan di utara dan pedalaman Semenanjung masih berpotensi mengalami suhu yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, semula pihak namun perlu lebih berwaspada dengan perkembangan tersebut.

Ujar beliau, keadaan itu boleh membawa kepada hujan lebat, angin kencang dan ribut petir dalam tempoh yang singkat.

Kata beliau, bagi Johor dan Melaka, pola cuaca dijangka melibatkan hujan dan ribut petir pada waktu pagi, petang dan malam bergantung kepada lokasi.

“Ini memerlukan kesiapsiagaan semua pihak,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, paras air empangan di Johor dan Melaka masih berada pada tahap membimbangkan akibat taburan hujan yang tidak sekata.

Sehubungan itu, katanya, Operasi Pembenihan Awan (OPA) akan dilaksanakan tertakluk kepada keadaan atmosfera yang sesuai sebagai usaha meningkatkan taburan hujan di kawasan tadahan empangan.

“Insya-Allah, kita akan terus memantau keadaan semasa dan melakukan ikhtiar terbaik bagi memastikan kesejahteraan rakyat serta kelangsungan bekalan air sentiasa terjamin,” katanya.

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Zahid Hamidi

Tags: Datuk Seri Ahmad Zahid HamidiHujanMetMalaysiaMonsun AktifperalihanTimbalan Perdana Menteri
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

TPM Zahid Ziarah Mursyidul Am PAS Hashim Jasin di Perlis

TPM Zahid Ziarah Mursyidul Am PAS Hashim Jasin di Perlis

27/08/2026
0

KANGAR – Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa menziarahi Mursyidul Am...

Zahid Nasihat Orang Ramai Jaga Kesihatan, Jerebu Dijangka Berterusan

Zahid Nasihat Orang Ramai Jaga Kesihatan, Jerebu Dijangka Berterusan

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengambil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd