• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Turkiye Ditahan Cuba Seludup 10 Ikan Discus Di KLIA

oleh Mohd Arshad
11/10/2025
dalam Jenayah
0
Lelaki Turkiye Ditahan Cuba Seludup 10 Ikan Discus Di KLIA
Share on FacebookShare on Twitter

Sepang: Lelaki warga Turkiye ditahan semasa cuba menyeludup keluar 10 ikan hidup jenis Discus tanpa sebarang dokumen sah menerusi Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam kenyataan berkata, lelaki berusia 52 tahun itu ditahan 6.26 petang semalam.

“Penahanan dilakukan hasil perkongsian maklumat AKPS KLIA danPasukan Keselamatan Penerbangan (AVSEC) yang mengesan sebuah bagasi mencurigakan di Pintu Pelepasan Terminal Satelit, Terminal 1.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bagasi berkenaan mengandungi 10 ikan hidup yang dibawa oleh penumpang terbabit, yang dijadualkan berlepas ke Doha, Qatar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

AKPS berkata, ketika ditahan, lelaki terbabit gagal mengemukakan permit eksport, dokumen sokongan yang sah, lesen daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan sijil kesihatan daripada Jabatan Perikanan Malaysia.

Susulan itu, kesemua haiwan terbabit disita untuk tindakan lanjut di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“AKPS menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang cuba mengeksport atau mengimport haiwan hidup tanpa dokumen sah.

“Langkah ini penting bagi memastikan kawalan biosekuriti dan keselamatan terpelihara,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Ikan DiscusseludupTahanTurkiye
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

2 Bekas Teman Lelaki, Abang Angkat Wanita Maut Ditahan Polis

2 Bekas Teman Lelaki, Abang Angkat Wanita Maut Ditahan Polis

31/10/2025
0

Serdang: Dua bekas teman lelaki dan abang angkat kepada wanita yang ditemui mati di Seri Kembangan, kelmarin, ditahan polis, semalam,...

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

03/10/2025
0

TEMERLOH - Polis berjaya menahan dua lagi lelaki termasuk seorang warga asing dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Projek Laluan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd