• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Pukul, Ugut Bekas Tunang Direman 4 Hari

oleh Mohd Arshad
01/10/2025
dalam Jenayah
0
Lelaki Pukul, Ugut Bekas Tunang Direman 4 Hari
Share on FacebookShare on Twitter

Ampang Jaya: Lelaki ditahan selepas memukul dan mengugut ingin menikam bekas tunangnya di sebuah rumah di Taman Bukit Indah, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, seorang wanita berusia 21 tahun hadir membuat laporan berkaitan kes itu.

“Dalam kejadian kira-kira jam 2.10 petang itu, pengadu pergi ke rumah bekas tunangnya untuk mengambil barang peribadi.

“Sampai kediaman terbabit, suspek bertindak agresif dengan memarahi wanita itu, membaling barang, menumbuk serta menendang di bahagian kepala dan belakang badan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, suspek juga mengugut untuk menikam bekas tunangnya.

“Pengadu yang juga pembantu pentadbiran itu mengalami kesakitan di belakang badan dan kepala.

“Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya kemudian menahan suspek pada jam 1.20 pagi semalam,” katanya.

Beliau berkata, semakan lanjut mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Suspek direman selama empat hari bermula Selasa hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 akta sama,” katanya.

-Harian Metro

Tags: bekas tunangpukulUgut
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Remaja Dipercayai Pukul Warga Emas Dengan Cota Hingga Maut

Remaja Dipercayai Pukul Warga Emas Dengan Cota Hingga Maut

20/06/2025
0

Tanah Merah: Lelaki warga emas maut dipercayai dipukul dengan sebatang besi cota di Kampung Buloh, Ipoh, di sini, semalam. Mangsa,...

Lelaki Ugut Bunuh Firdaus Wong Ditahan

Lelaki Ugut Bunuh Firdaus Wong Ditahan

23/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Polis menahan lelaki yang dipercayai menghantar mesej ugutan bunuh kepada seorang pendakwah menerusi laman sosial Facebook, pada Khamis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd