• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, December 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Leher Budak Cedera Terkena Tali Di Padang

oleh Mohd Arshad
30/10/2025
dalam Terkini
0
Leher Budak Cedera Terkena Tali Di Padang
Share on FacebookShare on Twitter

PELABUHAN KLANG – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera di bahagian leher selepas didakwa terkena tali yang dipasang di kawasan padang berhampiran rumahnya di Taman Kem, Pelabuhan Klang pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, Muhammad Iman Hazri, sedang bermain basikal bersama rakan-rakannya di padang yang sedang dijalankan kerja ubah suai apabila insiden tersebut berlaku.

Menurut ibunya, Irnawati Sadali, 48, anak bongsunya itu tidak menyedari terdapat tali yang direntang di bahagian belakang deretan gerai berhampiran padang berkenaan sebelum lehernya terkena tali tersebut.

“Dekat kawasan padang itu sekarang tengah buat kerja pengubahsuaian. Saya ingatkan kontraktor pasang tali di bahagian depan sahaja, tetapi rupa-rupanya ada juga tali direntang di belakang gerai.

“Masalahnya, tiada tanda amaran atau papan ‘awas’ dipasang. Budak-budak pun tak tahu kawasan itu bahaya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata, akibat kejadian itu anaknya mengalami luka di leher dan dibawa ke klinik sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.

“Doktor maklumkan luka itu hanya di bahagian kulit dan tidak sampai ke dalam. Namun, doktor minta pantau selama enam jam bagi memastikan tiada bengkak atau kecederaan pada urat.

“Alhamdulillah, suara anak saya juga dalam keadaan baik dan tidak terjejas,” ujarnya.

Menurut Irnawati, beliau dimaklumkan oleh penduduk bahawa pihak kontraktor mengakui memasang tali berkenaan dan akan bertanggungjawab terhadap kejadian itu.

“Dia (kontraktor) sudah mengaku kepada persatuan penduduk bahawa memang dia yang pasang tali itu dan akan bertanggungjawab. Tapi saya tetap akan buat laporan polis selepas dapat laporan doktor.

“Saya nak lindungi anak saya juga kalau nanti pihak pemaju salahkan budak-budak sebab main di situ,” ujarnya.

Irnawati yang juga ibu tunggal berkata, anaknya pulang ke rumah dalam keadaan leher berdarah sambil ditolong oleh rakan-rakan selepas insiden tersebut.

“Dia masih mampu kayuh basikal balik tapi tangan dia pegang leher. Kawan dia bagitahu, baru saya tahu kena tali itu.

“Saya memang terkejut sangat. Kalau terkena kuat sikit sampai ke urat, saya tak tahu apa jadi,” ujarnya.

Beliau turut berharap pihak kontraktor dan pihak berkuasa tempatan mengambil serius kejadian tersebut serta memastikan aspek keselamatan diberi keutamaan di kawasan kerja bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

-Sinar Harian

Tags: cederaPadangTali
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Cederakan Rakan, Masukkan Serbuk Cili Dalam Seluar, Wanita Dipenjara 15 Tahun, Denda

Cederakan Rakan, Masukkan Serbuk Cili Dalam Seluar, Wanita Dipenjara 15 Tahun, Denda

23/10/2025
0

Kuala Lumpur: Seorang wanita warga Indonesia dihukum penjara 15 tahun dan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

Kecederaan Murid Berpunca Kemalangan Ketika Bermain – Guru Besar

Kecederaan Murid Berpunca Kemalangan Ketika Bermain – Guru Besar

16/10/2025
0

SIPITANG: Kejadian seorang murid perempuan cedera di kepala yang tular di media sosial sejak pagi tadi bukan berpunca daripada kejadian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd