• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kehadiran Anggota Perkhidmatan Rahsia AS Kawal Trump Di KL Curi Perhatian

oleh Mohd Arshad
27/10/2025
dalam Terkini
0
Kehadiran Anggota Perkhidmatan Rahsia AS Kawal Trump Di KL Curi Perhatian
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Seorang anggota pasukan Perkhidmatan Rahsia Amerikat Syarikat (AS) dilihat melakukan kawalan keselamatan untuk Presiden Donald Trump selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di ibu negara semalam.

Rakaman gambar oleh Bernama itu menunjukkan anggota berkenaan membawa dua beg termasuk sebuah bersaiz besar. Namun tidak dapat dipastikan isi beg berkenaan sama ada senjata atau peralatan lain.

Turut kelihatan seorang lagi anggota pasukan Perkhidmatan Rahsia AS meletakkan peralatannya di sebuah kenderaan yang diletak di bahu jalan manakala satu lagi foto menunjukkan seorang anggota pasukan itu berdiri mengawal kenderaan rasmi Trump dikenali `The Beast’ di sebuah hotel di ibu negara.

Trump yang tiba di negara ini kira-kira am 10 pagi semalam, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 10.06 pagi tadi untuk meneruskan perjalanan ke Jepun, destinasi kedua dalam lawatan enam hari ke tiga negara di Asia.

Ketibaan Trump dengan menaiki pesawat rasmi Air Force One semalam bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 turut diiringi sebuah jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pesawat pejuang F/A-18D Hornet daripada Skuadron No 18 mengiringi pesawat khas yang membawaTrump sebaik ia memasuki ruang udara negara pada 9.24 pagi sebelum tiba di KLIA pada 9.55 pagi.

Menurut jurucakap TUDM, pesawat itu dikendalikan oleh Juruterbang Mejar Ahmad Nur Ikhwan Ahmad Tridi bersama Jurusensor Kapten Ahmad Nazhan Ahmad Nazrin.

Ini adalah awatan pertama Trump ke Malaysia dan Asia sejak beliau dipilih semula menjadi Presiden AS pada Januari lepas.

Ketika berada di negara ini, beliau menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 dan mesyuarat dua hala Malaysia-AS serta menyaksikan pemeteraian perjanjian damai Kemboja-Thailand.

Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan berlangsung selama tiga hari bermula semalam di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 yang membawa tema “Keterangkuman dan Kemampanan“.

BHonline–

Tags: Anggota Perkhidmatan Rahsia ASASEANDonald Trumpkuala lumpur
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Putera Mahkota Arab Saudi Bertemu Trump Di Rumah Putih 18 November

Putera Mahkota Arab Saudi Bertemu Trump Di Rumah Putih 18 November

04/11/2025
0

WASHINGTON: Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman, akan berkunjung ke Rumah Putih untuk lawatan kerja rasmi bersama Presiden...

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd