• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dikecam Kibar Bendera Israel, Ini Jawapan Penganjur Program Di Sungai Kelantan

oleh Mohd Arshad
12/10/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Dikecam Kibar Bendera Israel, Ini Jawapan Penganjur Program Di Sungai Kelantan
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU: Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia menegaskan tindakan mengibarkan bendera Israel ketika Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza petang kelmarin, adalah lakonan semula sebagaimana yang berlaku terhadap sukarelawan Global Sumud Flotila (GSF).

Pengarah Program, Mohd Khairul Hafiz Hassan, berkata bendera itu hanya dikibar di pentas terapung di Lembah Sireh untuk simulasi bagi memberi kefahaman yang jelas kepada pengunjung.

“Kami tidak berniat langsung mengagungkan Israel dengan mengibarkan bendera berkenaan, sebaliknya bagi memberi situasi jelas kepada hadirin.

“Sebaik lakonan itu tamat, bendera itu juga dipijak sebagai tanda kemarahan kepada Israel.

“Saya yakin 10,000 pengunjung membabitkan hampir 1,000 bot yang menyertai program berkenaan pada hari berkenaan tidak membangkitkan isu bendera kerana memahami apa yang ingin disampaikan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Justeru, beliau berharap isu itu tidak diperbesar kerana mesej yang disampaikan pada hari berkenaan lebih penting, malah itu penganjuran kali ketiga pihaknya berkaitan Palestin sejak 2023.

Sebelum ini, ada pihak mempertikai tindakan penganjur program berkenaan mengibarkan bendera Israel dengan menyifatkannya salah memandangkan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Hampir 1,000 bot memenuhi Sungai Kelantan di sini, sambil mengibarkan bendera Palestin sebagai tanda solidariti untuk Gaza.

Hampir 10,000 peserta menaiki bot berarak dari Kampung Pulau Pisang sehingga ke Lembah Sireh dengan jarak sejauh lapan kilometer bagi menyertai program berkenaan.

BHonline-

Tags: bendera israelsungai kelantan
Share206Tweet129SendShare

Related Posts

Kertas Siasatan Kes Peniaga Kibar Bendera Israel Di Terengganu Sudah Lengkap

Kertas Siasatan Kes Peniaga Kibar Bendera Israel Di Terengganu Sudah Lengkap

25/10/2023
0

KUALA TERENGGANU: Polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes seorang peniaga lelaki mengibarkan bendera Israel di premis perniagaannya di negeri ini,...

Rafizi Stabil Selepas Serangan Jantung

Polis Siasat Kibar Bendera Israel Di Terengganu

21/10/2023
0

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu masih meneruskan siasatan berhubung isu pengibaran bendera Israel di sebuah premis di negeri ini yang tular...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd