Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Penoreh Getah Kena Peluru...

KUALA PILAH - Seorang penoreh getah cedera di mata dan rusuk kiri akibat...

Penduduk Kampung Gempar Temui...

Penduduk sebuah kampung di Klaten, daerah Jawa Tengah ini gempar apabila menemui 18...

Polis Sah Bekas Pelajar...

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan seorang bekas pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor...

Persatuan Ulama Pertahan Jakim...

KUALA LUMPUR - Persatuan Ulama Malaysia (PUM) kesal dengan tindakan netizen mencemuh Jabatan...

Kertas Siasatan Kes Peniaga Kibar Bendera Israel Di Terengganu Sudah Lengkap

KUALA TERENGGANU: Polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes seorang peniaga lelaki mengibarkan bendera Israel di premis perniagaannya di negeri ini, minggu lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata pihaknya sudah mengambil keterangan lelaki berusia 30an itu yang didakwa terbabit mengibarkan bendera berkenaan.

Katanya, ketika ini pihaknya sedang menunggu arahan lanjut daripada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN).

“Kita telah menyiapkan siasatan dan akan hantar pada PPN untuk mendapatkan arahan seterusnya.

“Kes ini disiasat dibawah Seksyen5 Akta Lambang Dan Nama 1963 (Penggunaan Tidak Wajar), Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 iaitu perbuatan dengan niat untuk menganggu keamanan dan Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Siasatan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah berkaitan dadah selain dikehendaki untuk kes Seksyen 39C ADB 1952,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini, hari ini.


Terdahulu, tular di media sosial gambar bendera Israel dikibarkan di sebuah premis perniagaan di negeri ini sejak Khamis lalu.

Perbuatan peniaga itu pantas mengundang kecaman dan kemarahan pengguna media sosial kerana ia seolah-olah menunjukkan pemiliknya menyokong Israel sekali gus tidak sensitif dengan kekejaman mereka lakukan ke atas warga Palestin.

Mengulas lanjut, Mazli mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan tindakan yang boleh membangkitkan kegusaran masyarakat termasuk mengibar bendera Israel yang boleh mencetuskan kemarahan.

Katanya, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang dikesan melakukan kesalahan atau memainkan isu sensitif yang boleh mengugat keamanan dan ketenteraman awam.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori