• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantu Rakyat, Bukan Komplot Jatuhkan Presiden

oleh Mohd Arshad
dalam Utama & Sensasi
0
Bantu Rakyat, Bukan Komplot Jatuhkan Presiden
Share on FacebookShare on Twitter

BANTU RAKYAT, BUKAN KOMPLOT JATUHKAN PRESIDEN

KUALA LUMPUR, 27 OKTOBER — Sayap Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menegaskan bahawa semua ahli parti perlu menumpukan sepenuhnya kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) dan usaha membantu rakyat menghadapi musim banjir, bukannya terlibat dalam sebarang komplot untuk menjatuhkan kepimpinan parti.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Naib Ketua Bersekutu BERSATU, Sri Sanjeevan Ramakrishnan, menyuarakan rasa kesal terhadap segelintir individu dalam parti yang didakwa sibuk berpolitik dalaman dan cuba menggugat kedudukan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Perbuatan ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah merupakan pengkhianatan terhadap perjuangan parti.

“Saya melihat perkembangan ini sebagai bukti wujudnya konspirasi musuh dari dalam dan luar parti yang sengaja mahu memecah-belahkan BERSATU,” katanya.

Menurutnya, segelintir pihak itu seolah-olah lupa jasa dan pengorbanan Muhyiddin yang telah membina parti dari kosong dan memberi peluang kepada ramai ahli untuk menikmati kedudukan dalam kerajaan suatu ketika dahulu.

“Kini apabila parti diuji, mereka bukan tampil mempertahankan institusi kepimpinan, sebaliknya menjadi duri dalam daging.

“Inilah wajah sebenar pengkhianat perjuangan yang bermuka manis di depan tetapi menikam dari belakang,” tegas beliau.

Sri Sanjeevan turut mengingatkan semua ahli bahawa ini bukan masa untuk berebut kuasa, sebaliknya masa untuk memperkukuh perpaduan dan menumpukan perhatian kepada kebajikan rakyat yang sedang berdepan kesusahan akibat banjir.

“Sudah tiba masanya kita hentikan politik tikam belakang. Setiap ahli yang setia perlu bangkit menolak golongan pengkhianat ini.

“BERSATU tidak akan tumbang kerana fitnah, tetapi akan lemah jika terus membiarkan pengkhianat bermaharajalela di dalam rumah sendiri,” ujarnya lagi.

Beliau turut menegaskan bahawa sayap Bersekutu akan terus berdiri teguh di belakang Muhyiddin dan menolak sebarang usaha menggugat kepimpinan beliau.

> “Fokus utama kita sekarang ialah memastikan kekuatan jentera menghadapi PRU dan membantu rakyat menghadapi musim banjir, bukan melayan ego dan nafsu berebut kuasa. Kepimpinan bukan tentang siapa paling licik berkomplot, tetapi siapa paling jujur dalam berjuang,” katanya.

Kenyataan tersebut sekali lagi menegaskan keutamaan parti untuk memperkukuh perpaduan dalaman serta memelihara kestabilan BERSATU menjelang pilihan raya yang bakal tiba. — Mynewshub

Tags: BERSATU
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

BERSATU Meterai CSA Dengan Kerajaan Madani, Bakal Terima Peruntukan Seperti Ahli Parlimen Kerajaan

BERSATU Meterai CSA Dengan Kerajaan Madani, Bakal Terima Peruntukan Seperti Ahli Parlimen Kerajaan

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa Ahli Parlimen pembangkang termasuk enam daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan seorang Parti Ikatan Demokratik...

Liew Chin Tong Imbas Bagaimana Rakyat Bersatu Tumbangkan Najib Pada PRU14

Liew Chin Tong Imbas Bagaimana Rakyat Bersatu Tumbangkan Najib Pada PRU14

28/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong mengimbas bagaimana rakyat Malaysia pernah bersatu menumbangkan Datuk Seri Najib Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd