• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Kulim: 2 Pusat Pemindahan Sementara Ditutup

oleh Mohd Arshad
19/10/2025
dalam Terkini
0
Banjir Kulim: 2 Pusat Pemindahan Sementara Ditutup
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini yang dibuka bagi menempatkan penduduk terjejas banjir kilat sejak Jumaat, ditutup sepenuhnya hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim, Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad, berkata PPS Dewan Kampung Paya Tok Betok di Sungai Ular dan PPS Surau Taman Sang Kancil di Lunas yang menempatkan 158 mangsa daripada 45 keluarga ditutup serentak jam 2 petang tadi.

“Keadaan cuaca ketika ini masih tidak menentu dan penduduk dinasihatkan agar sentiasa berwaspada serta mematuhi arahan pihak berkuasa untuk segera berpindah ke PPS,” katanya hari ini.

Orang awam yang memerlukan bantuan kecemasan boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kulim di talian 04-4903746 atau talian kecemasan 999.

Media sebelum ini melaporkan penduduk di Kampung Sungai Limau, Kampung Batu 5, Kampung Batu 6 dan Kampung Paya Tok Betok di daerah ini dipindahkan ke PPS berkenaan pada Sabtu selepas kediaman mereka dinaiki air akibat hujan lebat bermula petang Jumaat.

-Berita Harian

Tags: BanjirBanjir KulimPPS
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd