• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

oleh Mohd Arshad
dalam Utama & Sensasi
0
ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin
Share on FacebookShare on Twitter

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin.

Guterres berkata, Malaysia sentiasa memperjuangkan hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib dan menubuhkan negara sendiri.

Perkara itu disampaikan Guterres pada sidang media sebelum menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-PBB di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Menyentuh mengenai Misi Pengaman PBB ke Gaza, Guterres, berkata perkara itu masih belum dimuktamadkan.

Katanya, ketika ini masih belum jelas jenis pasukan dan keadaan di mana ia akan diwujudkan.

“Apa yang penting sekarang ialah memastikan gencatan senjata dipatuhi sepenuhnya dan fasa pertama perjanjian dilaksanakan.

“PBB bersedia memainkan apa jua peranan yang dipersetujui oleh pihak-pihak utama dalam proses berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memaklumkan Malaysia bersedia menyertai Misi Pengaman PBB ke Gaza bersama negara-negara sehaluan termasuk dalam kalangan anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

BHonline–

Tags: ASEANDasar Luar MalaysiaPalestinPBB
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

10/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Malaysia mencadangkan pelaksanaan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan bagi memperkukuh pelaksanaan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd