• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Bekas Teman Lelaki, Abang Angkat Wanita Maut Ditahan Polis

oleh Mohd Arshad
dalam Jenayah
0
2 Bekas Teman Lelaki, Abang Angkat Wanita Maut Ditahan Polis
Share on FacebookShare on Twitter

Serdang: Dua bekas teman lelaki dan abang angkat kepada wanita yang ditemui mati di Seri Kembangan, kelmarin, ditahan polis, semalam, bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, selain tiga individu berusia antara 25 hingga 30 tahun yang ditahan, pihaknya masih mengesan individu lain bagi membantu siasatan.

Menurutnya, polis juga sudah mengenal pasti identiti wanita terbabit yang juga seorang warga tempatan.

“Setakat ini kita akan mendapatkan permohonan menahan reman ketiga-tiga individu terbabit, hari ini.

“Pada masa ini polis juga sudah mengenal pasti identiti wanita terbabit berdasarkan pengecaman yang dibuat oleh adik kandung mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Muhamad Farid berkata, ahli keluarga mangsa juga sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan wanita itu di ibu negara.

“Laporan kehilangannya sudah dibuat pada 25 Oktober lalu, empat hari sebelum mayatnya ditemui,”katanya.

Beliau berkata, pada masa ini siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Wanita berketinggian 144 sentimeter, berambut perang dan panjang melebihi paras bahu itu ditemui pada 3.45 petang selepas orang awam yang melalui kawasan Jalan Anggerik, Seri Kembangan, terbau sesuatu yang mencurigakan sehingga membawa penemuan satu jasad manusia.

-Harian Metro

Tags: Kes Wanita MautpolisTahan
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd