• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Hamil Maut Jatuh Tingkat 28 Didakwa Alami Tekanan – Polis

oleh Mohd Arshad
04/09/2025
dalam Terkini
0
Wanita Hamil Maut Jatuh Tingkat 28 Didakwa Alami Tekanan – Polis
Share on FacebookShare on Twitter

BAYAN LEPAS: Wanita berpakaian kostum anime yang kemudian ditemui maut di tempat letak kereta sebuah kondominium di sini malam tadi, dipercayai terjatuh dari tingkat 28 bangunan kondominium dihuninya di sini, didakwa mengalami tekanan kerana ditinggal teman lelaki dan sedang hamil lima bulan.

Maklumat itu diperoleh polis daripada ibu wanita berkenaan dengan siasatan awal pihak berkuasa juga menemui kesan tapak kaki di atas meja berhampiran tingkap yang gelongsornya juga terbuka dalam sebuah bilik di rumah itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam, berkata siasatan mendapati beberapa saksi terdengar bunyi kuat seperti benda jatuh pada jam 9.04 malam tadi sebelum seorang wanita dilihat terbaring di atas jalan di ruang parkir berkenaan.

“Maklumat daripada ibu mangsa mendapati wanita berkenaan mengalami tekanan kerana ditinggal teman lelaki dan sudah mengandung lima bulan. Jiran mereka memberitahu rumah terbabit diduduki wanita berusia 34 tahun dan tidak bekerja itu bersama ibunya kerana pernah melihat mereka keluar masuk unit berkenaan.

“Pemeriksaan di bilik kedua menemukan kad pengenalan mangsa selain telefon dipercayai miliknya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sazalee berkata, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat wanita berkenaan dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi tindakan lanjut.

Terdahulu, kejadian itu tular di media sosial apabila penduduk mendakwa terdengar dentuman kuat sebelum seorang wanita yang sebelum itu dilihat berpakaian karakter anime ditemui meninggal dunia dalam keadaan terbaring di kawasan parkir.

BHonline-

Tags: jatuh kondominiummautwanita hamil
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd