• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Tak Terima Surat Rayuan KJ

oleh Mohd Arshad
04/09/2025
dalam Politik
0
UMNO Tak Terima Surat Rayuan KJ
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan masih belum menerima sebarang surat rayuan daripada bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung pemecatannya daripada parti itu.

“Belum, saya belum terima lagi,” katanya ringkas.

Terdahulu, tersebar khabar angin mendakwa Khairy menghantar surat rayuan kepada UMNO berhubung pemecatannya daripada parti itu hari ini.

Difahamkan, surat rayuan diserahkan pegawainya kepada UMNO.

Bagaimanapun, usaha BH mendapatkan pengesahan daripada Khairy serta pegawainya masih belum berhasil.

Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO dipecat keahliannya daripada parti itu pada Januari 2023.

Sumber parti memberitahu, keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan Ahmad Zahid.

Pada 25 November tahun lalu, dilaporkan Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Susulan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu bersedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan pemecatan.

Pada 28 Januari 2024, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dalam mesyuaratnya memutuskan pemecatan Khairy dan Tan Sri Noh Omar (bekas pengerusi UMNO Selangor) manakala Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersama tiga yang lain pula digantung keahlian selama enam tahun.

Selain Hishammuddin, turut digantung keahlian adalah Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Shariff.

Sumber memberitahu BH, ucapan Khairy yang menyatakan ‘parti itu sudah sesat dan mahu membersihkannya’ ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menjadi faktor beliau dipecat.

Menurutnya, ucapan berkenaan menjadi pencetus yang meragut kestabilan politik dibawa UMNO dalam pilihan raya berkenaan, sekali gus melanggar disiplin parti.

Pemecatan Noh pula dikatakan selepas terdapat laporan dan bukti kukuh beliau sabotaj calon Barisan Nasional (BN) Tanjung Karang pada PRU15.

“Malah ada seorang calon Bebas yang bertanding di kawasan sama ketika itu adalah pegawai khasnya,” kata sumber berkenaan.

Penggantungan Hishammuddin pula kerana beliau individu yang terbabit memujuk sembilan Ahli Parlimen BN supaya menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas PRU15.

Menurut sumber itu, tindakan Ahli Parlimen Sembrong itu dibuat tanpa berbincang dengan parti terlebih dahulu.

“Penggantungan Maulizan dibuat kerana beliau menjadi individu membantu Hishammuddin mengumpul akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Muhyiddin.

“Mohd Salim pula digantung keahlian kerana terdapat bukti langsung dan tidak langsung beliau mahu penggantinya bagi Parlimen Jempol kalah pada PRU15,” katanya.

Difahamkan penggantungan Shahril yang juga bekas Ketua Penerangan UMNO diambil kerana kritikan terbuka beliau terhadap parti.

BHonline-

Tags: Khairy Jamaluddinsurat rayuanUMNO
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO memainkan peranan utama dalam menyebabkan kekalahan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook di kerusi Dewan...

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd