• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TVET Bantu Perkasa Tenaga Kerja Malaysia Bagi Industri Pertumbuhan Tinggi – Pakar Ekonomi

oleh Mohd Arshad
12/09/2025
dalam Terkini
0
TVET Bantu Perkasa Tenaga Kerja Malaysia Bagi Industri Pertumbuhan Tinggi – Pakar Ekonomi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) — Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mesti dilihat sebagai penyelesaian barisan hadapan yang kritikal bagi melengkapkan tenaga kerja di Malaysia dengan kemahiran bagi industri pertumbuhan tinggi seperti semikonduktor, tenaga boleh baharu dan kenderaan elektrik, kata seorang pakar ekonomi.

Felow Bersekutu Kanan Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan Universiti Utara Malaysia Prof Madya Irwan Shah Zainal Abidin hari ini berkata pendekatan itu membolehkan Malaysia muncul sebagai hab bagi bakat berkemahiran tinggi dan menarik pelaburan langsung asing (FDI), sekali gus menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah yang ideal bagi syarikat global.

Beliau berkata keutamaan yang diberikan kepada TVET adalah kunci untuk memenuhi permintaan industri, termasuk pelabur asing, dan dalam proses itu, melindungi pertumbuhan negara.

Bagaimanapun, katanya, ‘majikan sering bergelut untuk mencari juruteknik, jurutera dan pakar yang berkelayakan’ walaupun Malaysia terus menarik FDI, terutamanya dalam pembuatan termaju dan industri semikonduktor.

Irwan Shah memetik mengenai rancangan Boeing membuka kemudahan dan sokongan bagi menjadikan Malaysia sebagai hab aeroangkasa serantau, pengembangan semikonduktor oleh Intel, Infineon dan Tata Electronics, serta penempatan semula di bawah strategi ‘China+1’, yang memerlukan kumpulan bakat yang tepat.

“Pelaburan sahaja tidak mencukupi tanpa kumpulan bakat yang tepat kerana industri seperti semikonduktor memerlukan ketepatan, disiplin dan kemahiran termaju,” katanya dalam satu kenyataan ketika mengulas mengenai peningkatan kepentingan TVET dalam landskap industri di Malaysia.

“Juruteknik, jurutera dan pakar kita akan menjadi tulang belakang sebenar kepada industri ini, (dan) dengan latihan yang tepat, Malaysia boleh meletakkan kedudukannya bukan sahaja sebagai tuan rumah kepada syarikat global tetapi juga sebagai hab bagi bakat berkemahiran,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa ketidakpadanan yang semakin meningkat antara bekalan buruh mahir dan permintaan industri, terutamanya dalam pertumbuhan tinggi, sektor bernilai tinggi, boleh mengancam dan memperlahankan kemajuan ekonomi Malaysia.

Katanya, cabaran lebih mendesak ketika negara sedang berusaha untuk menaiki rantaian nilai dan memanfaatkan sektor yang baharu muncul seperti ekonomi hijau (rendah karbon), biru (marin mampan), kelabu (berkaitan berbahaya) dan jingga (kreatif).

Selain itu, ekonomi tersebut bertujuan mencapai pertumbuhan dengan mengurangkan risiko alam sekitar, menggunakan sumber laut dan alam sekitar secara mampan bagi pertumbuhan ekonomi, dan memupuk ekonomi kreatif yang menjana pertumbuhan intelektual, yang kesemuanya memerlukan kemahiran baharu.

Antara 2022 hingga 2023, Irwan Shah berkata seramai 260,000 graduan baharu memasuki pasaran pekerjaan, manakala hanya 150,000 pekerjaan kemahiran tinggi diwujudkan, yang menyebabkan 110,000 atau 36 peratus pengangguran dalam pasaran buruh pada tahun tersebut.

Oleh itu, beliau menekankan bahawa ketidakpadanan itu merupakan satu peringatan kepada penyedia pendidikan di Malaysia.

Institusi pendidikan tinggi mesti segera beralih dengan memasukkan elemen TVET yang lebih kukuh ke dalam program mereka, bagi memastikan pelajar yang tamat pengajian dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan pihak industri.

Tanpa transformasi itu, Malaysia berisiko melahirkan graduan yang tidak memenuhi kehendak sektor pekerjaan masa depan manakala industri pula terus berdepan dengan kekurangan pekerja mahir.

Beliau berkata untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran, ekosistem TVET dalam tiga bidang di Malaysia perlu dipertingkatkan, iaitu kapasiti, yang menyediakan lebih banyak tempat, makmal dan kemudahan mengikut gred industri, kualiti, termasuk modul terkini selaras dengan teknologi dan keperluan industri, serta laluan perkembangan TVET yang lebih jelas di peringkat universiti dan pembelajaran sepanjang hayat.

Irwan berkata Revolusi Perindustrian Keempat dan teknologi baharu muncul seperti kecerdasan buatan dan internet pelbagai benda (IoT) telah membentuk semula keperluan industri, memerlukan kemahiran baharu, yang tidak mampu disediakan oleh pendidikan tradisional sahaja.

“Institusi TVET berada dalam kedudukan yang lebih baik jika ia dapat menyesuaikan diri dengan cepat kepada perubahan ini, terutamanya dalam sektor termaju seperti tenaga boleh baharu, kenderaan elektrik dan semikonduktor.

“Walaupun bakat rentas sempadan boleh memenuhi jurang itu bagi tempoh jangka pendek, daya tahan jangka panjang bergantung kepada ekosistem TVET yang dipacu di bawah Rangka Kerja Ekonomi MADANI,” kata Irwan Shah.

“Pada masa hadapan, Malaysia bukan sahaja perlu menjadi tempat barangan dihasilkan. Ia mestilah mengenai ‘Buatan Malaysia’ yang dikuasakan oleh kemahiran, inovasi dan bakat tempatan,” katanya.

Bernama-

Tags: pakar ekonomiTVET
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

RUU Pekerja Gig Tidak Bebankan Pengguna – Pakar ekonomi

RUU Pekerja Gig Tidak Bebankan Pengguna – Pakar ekonomi

27/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Pekerja Gig 2025 yang dijadualkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat esok, tidak akan membawa...

Elemen TVET Diperkenal Kepada Murid Tahun Satu Pada 2027

Elemen TVET Diperkenal Kepada Murid Tahun Satu Pada 2027

14/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan elemen Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bermula dari tahun satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd