• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RUU Pekerja Gig Tidak Bebankan Pengguna – Pakar ekonomi

oleh Mohd Arshad
27/08/2025
dalam Terkini
0
RUU Pekerja Gig Tidak Bebankan Pengguna – Pakar ekonomi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Pekerja Gig 2025 yang dijadualkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat esok, tidak akan membawa kepada kenaikan harga perkhidmatan atau mengenakan beban tambahan ke atas pengguna, menurut pakar ekonomi dan dasar, Dr Geoffrey Williams.

Beliau berkata rang undang-undang itu bertujuan memberikan perlindungan dan mengiktiraf peranan pekerja dalam sektor gig, yang lebih bersifat pentadbiran serta tidak memperkenalkan kos baharu kepada platform penyedia atau pengguna meskipun terdapat dakwaan sebaliknya oleh pihak tertentu.

“Satu-satunya kos tambahan ialah levi kecil PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) sebanyak 1.25 peratus yang akan dibayar oleh pekerja gig sendiri selepas mereka menerima bayaran untuk pekerjaan mereka, sama seperti pekerja lain. Ini bermakna pengguna tidak akan melihat sebarang kenaikan harga,” katanya kepada Bernama.

Williams menyifatkan rang undang-undang itu sebagai satu langkah positif, menyatakan bahawa ia menyediakan definisi dan rangka kerja undang-undang yang sangat diperlukan untuk pekerja gig, di samping memformalkan sumbangan PERKESO.

“Jadi ia bukan peraturan yang berlebihan dan membenarkan skop untuk status quo diteruskan sambil menangani kebimbangan mengenai perlindungan undang-undang dan sosial. Ini membolehkan ekonomi gig kekal fleksibel dan inovatif dan selaras dengan cadangan saya sebelum ini,” katanya.

Bekas Profesor dan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan di HELP University itu berkata perundangan tersebut perlu bagi menyiapkan ekonomi gig dengan asas undang-undang yang sewajarnya untuk berfungsi dengan baik seperti pasaran lain.

Ditanya mengenai saranan beliau untuk menambah baik rang undang-undang itu, Williams berkata penjelasan terperinci mengenai perwakilan undang-undang ketika perbicaraan berkaitan peraturan perlu dilakukan selain meluaskan perlindungan kepada semua pekerja ekonomi gig seperti profesional dan pekerja bebas berpendapatan tinggi.

Beliau juga menekankan kepentingan mekanisme pengawasan.

“Majlis perundingan harus menyediakan pemantauan yang mencukupi, namun ia sama penting untuk mempunyai penilaian impak kawal selia, ekonomi dan sosial yang bebas untuk memastikan proses itu berjalan dengan berkesan tanpa membebankan penyedia platform,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pakar ekonomi Dr Nungsari Ahmad Radhi turut berpendapat pelaksanaan Rang Undang-Undang Pekerja Gig 2025 tidak akan menjejaskan yuran perkhidmatan.

“Sumbangan pekerja gig kepada PERKESO adalah daripada pekerja sendiri, tidak ada kena-mengena dengan harga barang yang dia kendalikan,” katanya.

Nungsari yang juga Pengerusi Institut Penyelidikan Khazanah dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), yakin bahawa versi rang undang-undang yang dibentangkan Kementerian Sumber Manusia semasa bacaan pertama pada Isnin ialah versi terbaik yang mengambil kira semua pertimbangan.

Beliau berkata pelaksanaan undang-undang itu perlu diteliti untuk menentukan sebarang keperluan penambahbaikan.

Nungsari berkata perundangan pekerja gig amat diperlukan memandangkan konsep pekerjaan telah berubah dan banyak pekerja sektor gig seperti penghantar barangan (delivery rider) masih tidak dilindungi walaupun berdepan risiko tinggi kemalangan setiap hari.

“Takkan kita nak biarkan begitu ramai pekerja gig tidak dilindungi kalau berlaku kemalangan atau kecederaan? Kenapa hak mereka tidak dilindungi?

“Pekerja gig tidak dilindungi sebagai pekerja yang bermajikan dan terkeluar daripada perlindungan undang-undang buruh. Mereka bagaimanapun perlu dilindungi seperti pekerja lain,” katanya.

Nungsari berkata rang undang-undang itu agak fleksibel dan tidak membebankan atau menyukarkan operasi penyedia platform manakala menteri sumber manusia mempunyai kuasa untuk membuat peraturan menerusi warta, yang akan diselia oleh Jawatankuasa Parlimen berkaitan.

Selain itu, terdapat tribunal yang akan berperanan sebagai platform bagi kedua-dua pekerja dan penyedia platform membawa suara mereka, katanya.

Terdahulu, Menteri Sumber Manusia Steven Sim yang mengesahkan rang undang-undang itu akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua esok berkata walaupun terdapat desakan segelintir pihak supaya pembentangan itu ditangguhkan, kerajaan tetap komited meneruskannya demi memastikan kebajikan kira-kira 1.2 juta pekerja gig di negara ini terbela.

RUU Pekerja Gig 2025 dijangka mewajibkan penyedia platform membuat potongan caruman PERKESO daripada setiap transaksi pendapatan pekerja gig, selain menetapkan terma dan syarat yang jelas dalam perjanjian perkhidmatan bagi melindungi hak pekerja.

Pekerja gig ialah individu yang memperoleh pendapatan dengan menyediakan perkhidmatan secara fleksibel, jangka pendek atau berasaskan tugas berbanding pekerjaan sepenuh masa atau tetap tradisional.

–BERNAMA

Tags: pakar ekonomiRUU Pekerja Gig
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TVET Bantu Perkasa Tenaga Kerja Malaysia Bagi Industri Pertumbuhan Tinggi – Pakar Ekonomi

TVET Bantu Perkasa Tenaga Kerja Malaysia Bagi Industri Pertumbuhan Tinggi – Pakar Ekonomi

12/09/2025
0

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mesti dilihat sebagai penyelesaian barisan hadapan...

RUU Pekerja Gig Dibentang Pada Sesi Parlimen Depan

RUU Pekerja Gig Dibentang Pada Sesi Parlimen Depan

01/05/2025
0

Kuala Lumpur: Kerajaan bersetuju untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig bagi meningkatkan perlindungan dan menyelesaikan isu kebajikan membabitkan golongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd