• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Tikam, Tembak Anggota Polis Masih Diburu

oleh Mohd Arshad
dalam Jenayah
0
Suspek Tikam, Tembak Anggota Polis Masih Diburu
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Kertas siasatan membabitkan kes mayat seorang wanita ditemui dalam sebuah kereta bersama seorang lelaki yang menikam serta menembak anggota polis sebelum melarikan diri di Simpang Pulai, Perak akan diserah ke Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, siasatan sedang dilengkapkan susulan penahanan sembilan individu, termasuk seorang wanita yang direman berhubung kes berkenaan.

Menurutnya, sebaik kertas siasatan dilengkapkan, pihaknya akan menghantar ke TPR untuk arahan selanjutnya.

“Suspek yang menikam dan menembak anggota polis sebelum melarikan diri masih diburu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro malam ini.

Nor Hisam berkata, anggota terbabit masih menerima rawatan di hospital namun dalam keadaan stabil.

Harian Metro sebelum ini melaporkan sembilan individu, termasuk seorang wanita, direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes mayat seorang wanita ditemui dalam sebuah kereta bersama seorang lelaki yang menikam serta menembak anggota polis sebelum melarikan diri di Simpang Pulai di sini, awal pagi semalam.

Sembilan individu tersebut sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

Anggota polis berpangkat Konstabel itu cedera ditembak dan ditikam individu tidak dikenali dalam kejadian di ladang kelapa sawit, di sini.

Dalam insiden jam 1.30 pagi itu, suspek merampas pistol milik anggota polis itu, melepaskan tembakan dan menikam mangsa sebelum melarikan diri.

-Harian Metro

Tags: polistembaktikam
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd