• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Dakwa Diugut Terbabit Video Lucah Dengan Lelaki, Pengirim Cuba Peras AS$100,000

oleh Mohd Arshad
13/09/2025
dalam Terkini
0
Rafizi Dakwa Diugut Terbabit Video Lucah Dengan Lelaki, Pengirim Cuba Peras AS$100,000
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa menerima ugutan video lucah kononnya membabitkan dirinya dan seorang lelaki yang dikirim melalui satu e-mel tidak dikenali, semalam.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata pengirim terbabit turut memeras ugut wang AS$100,000 (kira-kira RM420,000) sekiranya tidak mahu video berkenaan disebarkan.

“Dia bagi screenshot (tangkap layar) video siap bagi kod QR kononnya untuk pindahkan wang.

“Screenshot (tangkap layar) video itu nampak seperti seorang lelaki di katil bilik dan setting (tetapan) kabur macam video yang pernah ada dahulu… cuma nampak macam muka saya ada di situ,” katanya melalui kenyataan di media sosial hari ini.

Rafizi berkata, beliau percaya video itu adalah bahan lama yang disunting semula bertujuan untuk menggodam peranti elektronik miliknya dan membuat fitnah lebih besar.

“Sebenarnya saya selalu berhadapan cubaan menggodam telefon, laptop (komputer riba) dan macam-macam lagi.

“Cubaan paling berbahaya menggunakan firma antarabangsa dan cuba menggodam iPhone serta akaun Apple saya. Cuma ciri keselamatan iPhone ini lebih baik dan bila ada cubaan, maka Apple akan terus beri arahan untuk menutup telefon serta peranti lain yang berkaitan,” katanya.

Tambah Rafizi lagi, sudah empat kali beliau menjadi sasaran penggodam dalam tempoh sembilan bulan iaitu pada 14 November 2024, selain 6 Mac, 25 Jun serta 3 September tahun ini.

Rafizi turut memaklumkan menerima mesej daripada Ahli Parlimen Subang, Wong Chen yang memberitahu menerima emel ugutan sama semalam.

Katanya, mereka dituduh mempunyai hubungan dengan lelaki sama dan Wong Chen sudah membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, mengesahkan menerima laporan itu, dengan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan masih diteruskan bagi mengesan penghantar email terbabit,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Rafizivideo lucah
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Rafizi Sindir Caprice: ‘Pempengaruh Kerja Dia Mempengaruhi Kita’

Rafizi Sindir Caprice: ‘Pempengaruh Kerja Dia Mempengaruhi Kita’

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pertikaman lidah antara mantan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan pempengaruh serta penyanyi, Caprice terus memuncak...

RAFIZI Dituduh Terbabit Dua Skandal Kewangan Bernilai RM3.6 Bilion

RAFIZI Dituduh Terbabit Dua Skandal Kewangan Bernilai RM3.6 Bilion

19/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan yang juga bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd