• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, January 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Portugal Umum Iktiraf Secara Rasmi Palestin Esok

oleh Mohd Arshad
20/09/2025
dalam Terkini
0
Portugal Umum Iktiraf Secara Rasmi Palestin Esok
Share on FacebookShare on Twitter

ISTANBUL: Portugal akan mengiktiraf Palestin secara rasmi, umum Kementerian Luar semalam, sekali gus menjadi negara terbaharu mengambil langkah itu menjelang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu depan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Kementerian Luar mengesahkan bahawa Portugal akan mengiktiraf Negara Palestin … pengisytiharan rasmi pengiktirafan akan dibuat pada Ahad, 21 September,” menurut kenyataan di laman sesawang kementerian itu, sambil menegaskan langkah itu dibuat sebelum persidangan peringkat tinggi di New York.

Lisbon sebelum ini menyatakan hasratnya pada Julai lalu, dengan merujuk kepada “perkembangan konflik yang amat membimbangkan,” krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza serta ancaman berulang Israel untuk menjajah wilayah Palestin.

Beberapa negara Barat lain, termasuk Belgium, Perancis dan United Kingdom dijangka turut mengiktiraf Palestin secara rasmi semasa perhimpunan itu.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron pada Julai berkata negaranya akan berbuat demikian, manakala Perdana Menteri, Britain Keir Starmer memberi isyarat bahawa UK akan bertindak jika Israel gagal memenuhi syarat-syarat bagi memperbaiki situasi kemanusiaan di Gaza.

Starmer berkata negara-negara kini “bekerjasama untuk menamatkan malapetaka kemanusiaan di Timur Tengah.”

Perhimpunan PBB kali ini akan memfokuskan kepada usaha memajukan penyelesaian dua negara bagi konflik Israel-Palestin yang berlarutan.

Pasukan penyiasat PBB baru-baru ini merumuskan bahawa Israel sedang melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, dengan jumlah korban melebihi 65,000 orang.

Sekitar tiga perempat negara anggota PBB telah mengiktiraf Palestin, dengan Ireland, Sepanyol dan Norway membuat pengiktirafan pada 2024.

– BERNAMA-ANADOLU

Tags: iktirafPalestinportugal
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

05/12/2025
0

Oleh Mynewshub  Gaza/Al-Quds – Yasser Abu Shabab, individu yang selama ini digelar sebagai pengkhianat oleh penduduk Gaza kerana didakwa bersekongkol...

Nethanyahu Menolak Penyelesaian Dua Negara Palestin – Israel

Nethanyahu Menolak Penyelesaian Dua Negara Palestin – Israel

17/11/2025
0

ISU TERKINI: NETANYAHU TEGAS TOLAK PENUBUHAN NEGARA PALESTIN Laporan Khas Mynewshub KUALA LUMPUR, 17 Nov – Perdana Menteri Israel, Benjamin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd