• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Gempur 395 Premis Perjudian Menerusi Ops Dadu Mega

oleh Mohd Arshad
02/09/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Polis Gempur 395 Premis Perjudian Menerusi Ops Dadu Mega
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggempur 395 premis perjudian menerusi Ops Dadu Mega di seluruh negara pada Sabtu dan Ahad lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, daripada jumlah serbuan berkenaan, 272 premis dikesan menjalankan aktiviti perjudian tanpa lesen.

“Daripada jumlah itu, 245 premis terbabit dalam penjualan loteri awam tanpa lesen dan 20 premis didapati menawarkan perjudian dalam talian.

“Selain itu, serbuan turut membabitkan lima premis hiburan keluarga beroperasi tanpa lesen manakala dua premis lagi berfungsi sebagai pusat panggilan perjudian (calling centre),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, seramai 328 individu ditahan membabitkan 286 lelaki dan 42 wanita yang dipercayai pemilik, penjaga premis, pekerja serta pemain perjudian.

“Individu yang ditahan terdiri daripada 258 warga tempatan manakala 70 lagi warga asing.

“Selain itu, pihak polis turut merampas wang tunai, komputer, telefon bimbit, mesin perjudian dan pelbagai peralatan lain yang digunakan dalam kegiatan itu,” katanya.

Beliau berkata, semua individu yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkaitan untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut peruntukan undang-undang antaranya Seksyen 4A(a), Seksyen 9(1), Seksyen 4B(a), Seksyen 4(1)(b), Seksyen 4(1)(c) dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.

“Siasatan turut meliputi Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Enakmen Hiburan dan Ordinan Hiburan Negeri,” katanya.

Kumar menegaskan PDRM tidak akan berkompromi dalam isu perjudian haram yang memberi kesan buruk kepada masyarakat dan ekonomi negara.

“PDRM akan terus mempergiatkan operasi seumpama ini dari semasa ke semasa bagi memastikan kegiatan perjudian tanpa lesen dapat dibanteras sepenuhnya.

“Kami meminta orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti perjudian haram bagi membantu pihak berkuasa mengambil tindakan segera,” katanya.

BHonline-

Tags: Ops Dadu Megapremis perjudian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Siasat Penguat Kuasa Lindungi Premis Perniagaan Haram

10/08/2020
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberi tumpuan kepada pegawai dan anggota penguat kuasa yang dipercayai menerima...

Penguatkuasaan Terhadap Aktiviti Perjudian Dipertingkat

13/09/2018
0

KUANTAN – Menteri Besar mengingatkan penguatkuasa supaya tidak mudah berpuas hati dengan tindakan yang diambil dalam membanteras kegiatan yang tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd