• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nahas 5 Pelajar IKM: Siasatan Awal Polis Mendapati Kenderaan Mangsa Dipandu Laju

oleh Mohd Arshad
06/09/2025
dalam Terkini
0
Nahas 5 Pelajar IKM: Siasatan Awal Polis Mendapati Kenderaan Mangsa Dipandu Laju
Share on FacebookShare on Twitter

TUARAN: Siasatan awal polis mendapati kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabit dalam kemalangan maut lima penuntut Institut Kemahiran MARA (IKM) di Jalan Gayang di sini semalam, dipandu laju sebelum hilang kawalan dan merempuh sebuah lori membawa muatan batu.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Superitenden Noraidin Ag Maidin berkata, kenderaan yang dinaiki mangsa dari arah Kota Kinabalu menuju ke Kota Belud itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

“Keadaan itu menyebabkan MPV berkenaan merempuh lori membawa muatan batu dari arah Tuaran menuju ke Kota Kinabalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Noraidin berkata semua mangsa yang tersepit di dalam kenderaan berjaya dikeluarkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tuaran sebelum mayat mereka dibawa ke Hospital Tuaran untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan setakat ini polis telah merakam percakapan beberapa individu bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Tuaran Inspektor Haffiz di talian 011-61600964 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Dalam kejadian pada 2.09 petang semalam, lima penuntut lelaki berusia lingkungan 20-an maut di tempat kejadian selepas MPV yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler.

–BERNAMA

Tags: Nahas 5 Pelajar IKMsiasatan polis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lokasi Penemuan Mayat Zayn Rayyan Jadi Tumpuan Siasatan Polis Hari Ini

Lokasi Penemuan Mayat Zayn Rayyan Jadi Tumpuan Siasatan Polis Hari Ini

11/12/2023
0

PETALING JAYA: Lokasi penemuan mayat kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin berdekatan Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, terus...

Siasatan Polis Ke Atas Azam Baki Masih Berterusan – Hamzah

03/03/2022
0

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih meneruskan siasatan berhubung pemilikan saham oleh Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd