• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Sekeluarga Ditahan Disyaki Bawa Masuk 2 Kg Ganja Mampat Ke Negara Ini

oleh Mohd Arshad
03/08/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Tiga Sekeluarga Ditahan Disyaki Bawa Masuk 2 Kg Ganja Mampat Ke Negara Ini
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA: Tiga sekeluarga ditahan kerana disyaki menyeludup masuk dua kilogram (kg) ganja mampat ke negara ini melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, di sini.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Adzli Abu Shah, berkata ketiga-tiga suspek terdiri dua wanita dan seorang lelaki yang menaiki kereta Honda City itu ditahan jam 10.45 malam Khamis lalu ketika melalui pemeriksaan di ICQS.

Beliau berkata, ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan kakak, adik perempuan dan adik ipar masing-masing berusia 24 hingga 27 tahun.

“Hasil pemeriksaan menemui dadah disyaki ganja mampat anggaran berat dua kg yang diletakkan di atas tempat tayar simpanan di bahagian bonet kereta itu.

“Kereta itu dipandu wanita berusia 27 tahun dan hasil siasatan mendapati dia positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC), manakala adik lelaki iparnya itu positif dadah jenis benzo. Adik perempuannya pula negatif dadah.

“Dua beradik perempuan itu dipercayai berasal dari Pokok Sena, manakala lelaki itu pula berasal dari Kupang, Baling,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu hari ini.

Adzli berkata, semua mereka direman tujuh hari hingga 6 Ogos ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Hasil pengakuan suspek utama iaitu pemandu wanita yang ditahan, dia berulang alik ke negara jiran khusus untuk menghisap ganja sejak 2022.

“Jumlah dadah yang dirampas bernilai RM6,200 dan setiap satu kg bahan terlarang itu bernilai RM3,000,” katanya.

BHonline-

Tags: dadahditahantiga sekeluarga
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd