• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Individu Didakwa Bunuh Seorang Penganggur Di Jasin

oleh Mohd Arshad
06/08/2025
dalam Jenayah
0
Tiga Individu Didakwa Bunuh Seorang Penganggur Di Jasin
Share on FacebookShare on Twitter

Jasin: Tiga individu masing-masing seorang pekerja pasar raya, mekanik dan pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Jasin, bulan lalu.

Tertuduh, M. Yogeswaran, 25, Mohd Azmi Mohd Nor, 34, dan K. Krishnamorthy, 66, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu dan Tamil oleh jurubahasa mahkamah.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Yogeswaran, Mohd Azmi dan Krishnamorthy didakwa mencapai niat bersama melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian K Gunalan, 52, di tempat letak kereta di hadapan sebuah tadika di Bandar Jasin Bestari, di sini, antara jam 7.37 malam dan 8.59 malam pada 27 Julai lalu.

Kesemua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Syazwanie Marizan tidak menawarkan sebarang jaminan manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Amritpal Singh, Datuk K Shashi Kumar dan A Mathan.

Majistret Mazana Sinin tidak membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 8 September depan bagi sebutan semula kes.

Pada 27 Julai lalu, seorang penganggur lelaki disahkan maut selepas dipercayai dipukul sekumpulan individu susulan tindakannya disyaki melakukan kelucahan melampau.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar dilaporkan berkata, mangsa berusia 51 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian badan.

-Harian Metro

Tags: kes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

27/08/2025
0

Ipoh: Polis sedang mengesan seorang suspek disyaki terlibat dalam kes bunuh membabitkan penemuan mayat seorang lelaki di lorong berhampiran Jalan...

Reman Suspek Kes Bunuh Wanita Hamil Disambung Seminggu Lagi

Reman Suspek Kes Bunuh Wanita Hamil Disambung Seminggu Lagi

30/07/2025
0

PASIR MAS: Tempoh reman ke atas lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh wanita hamil dengan kesan tembakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd