• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Speaker Belum Terima Usul Rujuk PM Ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan

oleh Mohd Arshad
08/08/2025
dalam Politik
0
Speaker Belum Terima Usul Rujuk PM Ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul belum menerima sebarang usul bagi merujuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Johari berkata, usul itu dinyatakan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin di Parlimen semalam dan jika usul itu diterima, beliau akan meneliti dan mengambil tindakan selanjutnya.

Johari merujuk kenyataan Muhyiddin di Dewan Rakyat yang menuntut Anwar meminta maaf berhubung kenyataan Perdana Menteri yang mendakwa beliau mempertahankan warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95 atau akan membuat usul kepada Dewan Rakyat untuk merujuk Perdana Menteri ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

“Setakat ini belum ada apa-apa. Cuma Tan Sri Muhyiddin sebut dalam Parlimen yang beliau sedang menunggu Perdana Menteri untuk mengambil tindakan dan saya menunggu apa juga tindakan seperti amalan biasa.

“Jika ada apa juga yang dihantar kepada saya, insya-Allah saya akan lihat dan mengambil tindakan selanjutnya seperti yang termaktub dalam Peraturan Mesyuarat,” katanya ketika ditemui selepas sambutan Hari ASEAN Ke-58 di sini, hari ini.

Ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) semalam, Muhyiddin menuntut Anwar meminta maaf berhubung kenyataannya pada Selasa itu dan jika tidak berbuat demikian, Ahli Parlimen Pagoh itu akan membuat usul kepada Dewan Rakyat untuk merujuk Perdana Menteri ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Pada sidang Dewan Rakyat Selasa lalu, Perdana Menteri dilaporkan berkata, beliau menerima laporan ada Ahli Parlimen pembangkang mempertahankan hak warga asing dalam mendapat manfaat penyelarasan subsidi, yang kemudian merujuk kepada Ahli Parlimen Pagoh.

Susulan itu, bekas Perdana Menteri itu, menerusi satu perkongsian di media sosial menafikan pernah mengeluarkan kenyataan yang membawa maksud mempertahankan hak warga asing dalam penyasaran subsidi RON95.

Kelmarin, Perdana Menteri, mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyiasat penafian Muhyiddin itu.

Sementara itu, ditanya sama ada beliau ada menerima usul undi tidak percaya daripada pembangkang, Johari memaklumkan, usul itu juga tidak diterimanya setakat ini.

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata soal sama ada pembangkang akan membawa usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Perikatan Nasional (PN) sebelum ini memberi bayangan akan menghantar usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

-Berita Harian

Tags: Jawatankuasa Hak Dan KebebasanpmSpeakerUsul
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Starmer Umum Letak Jawatan, Tamat Era Singkat Kepimpinan Parti Buruh

Starmer Umum Letak Jawatan, Tamat Era Singkat Kepimpinan Parti Buruh

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub LONDON – Perdana Menteri Britain, Keir Starmer mengumumkan peletakan jawatan sebagai pemimpin Parti Buruh pada Isnin, sekali gus...

Rakyat Perlukan PMX Anwar Terus Tadbir Negara – Mohamad Sabu

Rakyat Perlukan PMX Anwar Terus Tadbir Negara – Mohamad Sabu

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia memerlukan kepimpinan yang tenang, stabil dan jelas hala tuju dalam menghadapi dunia yang semakin penuh dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd