• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salah Laku Buli Perlu Diperangi Habis-habisan- Fadhlina

oleh Mohd Arshad
18/08/2025
dalam Terkini
0
Salah Laku Buli Perlu Diperangi Habis-habisan- Fadhlina
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan salah laku buli perlu diperangi habis-habisan dan perlu dijadikan petunjuk prestasi utama oleh pentadbir sekolah.

Katanya, beliau berjanji akan memberikan insentif khas jika sekolah berjaya mencatat ‘sifar buli’.

“Salah laku buli juga perlu diperangi habis-habisan. Ia perlu dijadikan petunjuk prestasi utama oleh pentadbir sekolah. Saya berjanji akan memberikan insentif khas jika sekolah ini (SMK Dr Burhanuddin) berjaya mencatat ‘sifar buli’,” katanya dalam hantaran di Facebooknya, hari ini.

Hantaran itu sempena lawatan beliau ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dr Burhanuddin di Taiping, semalam.

Fadhlina berkata;

“Sepetang bersama dengan putera dan puteri SMK Dr Burhanuddin di Taiping semalam terasa begitu singkat. Ini kali pertama saya sampai ke mari. Anak-anak dan guru menyambut saya dengan mesra sekali.

“Saya mahu anak-anak di SMK Dr Burhanuddin untuk terus gigih berusaha bagi meningkatkan pencapaian akademik.

“Sebenarnya sekolah ini telah menunjukkan peningkatan prestasi yang memberangsangkan dalam beberapa tahun terakhir. Namun ia masih boleh dipertingkatkan,” katanya.

Beliau turut mengumumkan insentif khas RM100,000 kepada SMK Dr Burhanuddin di Taiping, Perak bagi menambah baik infrastruktur dan penyelenggaraan kemudahan demi keselesaan murid, guru, dan seluruh warga sekolah berkenaan.

BHonline-

Tags: Fadhlina Sideksalah laku buli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

Desakan Letak Jawatan Dorong Saya Buat Lebih Baik – Fadhlina

Desakan Letak Jawatan Dorong Saya Buat Lebih Baik – Fadhlina

23/10/2025
0

PUTRAJAYA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan setiap kritikan atau desakan agar beliau meletakkan jawatan tidak dianggap sebagai tekanan peribadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd