• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Sabah: Mohamad Cadang 1 Kerusi Untuk Calon BN Di Setiap Parlimen

oleh Mohd Arshad
02/08/2025
dalam Politik
0
PRN Sabah: Mohamad Cadang 1 Kerusi Untuk Calon BN Di Setiap Parlimen
Share on FacebookShare on Twitter

Membakut: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan agar sekurang-kurangnya satu kerusi disediakan untuk calon BN Sabah dalam setiap parlimen dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) kelak.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO itu berkata menjadi hasrat pihaknya agar UMNO-BN Sabah dapat mencalonkan seorang wakil dari Parlimen masing-masing.

“Tidak macam PRN yang lalu di mana ada parlimen atau bahagian yang langsung tidak diwakili BN. Ini akan mematahkan semangat ahli dan jentera UMNO-BN di kawasan itu kerana tidak ada apa-apa yang mereka mahu buat semasa pilihan raya.

“Nanti (dikhuatiri) mereka akan putus asa dan memilih untuk meninggalkan parti, itu satu perkara tidak baik.

“Tetapi kalau ada dua atau tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di satu parlimen itu, sekurang-kurangnya satu (calon) dapat bertanding, orang kata sejuk hati ahli-ahli parti di kawasan-kawasan berkenaan.

“Ini yang saya katakan dan saya mahu pastikan supaya (perkara ini) tidak berlaku lagi seperti mana yang sudah terjadi dalam PRN yang lalu,” katanya selepas merasmikan Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri bertempat di Dewan Terbuka Membakut, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut berkata perkara ini akan diserahkan untuk dibincangkan secara lebih teliti di peringkat tertinggi membabitkan Jawatankuasa Perunding UMNO dan Setiausaha Agung parti komponen.

“Tetapi ini pesan saya untuk Setiausaha Agung supaya hasrat kita ini jangan diketepikan iaitu supaya sekurang-kurangnya satu kerusi dalam setiap parlimen itu mesti ada wakil BN untuk bertanding dalam kawasan itu,” katanya.

-Harian Metro

Tags: BNParlimenPRN Sabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pantun Onn Hafiz: “Bukan Budak Sebarang Budak” Terima Sorakan Gemuruh

Pantun Onn Hafiz: “Bukan Budak Sebarang Budak” Terima Sorakan Gemuruh

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pantun empat kerat yang disampaikan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika berkempen sempena Pilihan Raya...

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon BN di kawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd