• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Masih Buru Suspek Serang Anak Rafizi

oleh Mohd Arshad
15/08/2025
dalam Terkini
0
Polis Masih Buru Suspek Serang Anak Rafizi
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Polis masih mengesan dua suspek yang dilaporkan melakukan serangan terhadap anak lelaki bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Pada masa sama, siasatan terhadap mesej ugutan yang diterima Rafizi dan isterinya turut dilakukan susulan insiden serangan yang berlaku.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, suspek setakat ini masih belum dikenal pasti namun siasatan terperinci sedang dilakukan.

Beliau berkata, motif mengenai kejadian ini juga belum dapat dikenal pasti.

“Kita masih menjalankan siasatan secara terperinci termasuk maklumat berdasarkan rakaman percakapan yang sudah dijalankan.

“Setakat ini, kita masih berusaha mengesan suspek dan motif hanya dapat diketahui apabila suspek kes ini dikenal pasti.

“Justeru sehingga kini motif serangan dan ugutan berkenaan masih lagi dalam siasatan,” katanya kepada BH hari ini.

Beliau berkata, siasatan polis juga turut merangkumi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

“Boleh saya katakan, rakaman CCTV ini sedikit sebanyak turut membantu siasatan polis namun tidak secara menyeluruh,” katanya.

Semalam (Khamis), Shazeli turut mengesahkan bahawa pihaknya akan bekerjasama dengan beberapa agensi berkaitan bagi menjejaki pemilik talian yang melakukan ugutan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Setakat ini, polis sudah merakam keterangan daripada enam individu susulan kejadian serangan di pusat beli-belah di Putrajaya, termasuk anak bekas Timbalan Presiden PKR itu.

Dalam kejadian jam 2 petang kelmarin, anak Rafizi berusia 12 tahun diserang dan disuntik jarum mengandungi cecair oleh dua lelaki yang menunggang motosikal.

-Harian Metro

Tags: Kes Serang Anak Rafizi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RAFIZI Dituduh Terbabit Dua Skandal Kewangan Bernilai RM3.6 Bilion

RAFIZI Dituduh Terbabit Dua Skandal Kewangan Bernilai RM3.6 Bilion

19/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan yang juga bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd