• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Jatuh Dari Tingkat Tiga Asrama Sekolah Masih Belum Sedar – KP Selangor

oleh Mohd Arshad
28/08/2025
dalam Terkini
0
Pelajar Jatuh Dari Tingkat Tiga Asrama Sekolah Masih Belum Sedar – KP Selangor
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Pelajar lelaki Tingkatan Tiga yang dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam masih belum sedarkan diri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata setakat ini siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Belum (sedar) lagi. Siasatan masih diteruskan seperti kenyataan media saya sebelum ini,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Pelajar terbabit, Ahmad Irfan Ahmad Hanafi, 15, dilaporkan menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Shazeli dalam kenyataan pada Selasa lalu berkata, sejurus menerima laporan berkenaan insiden itu satu kertas siasatan dibuka.

Katanya, siasatan dijalankan daripada pelbagai sudut, termasuk aspek keselamatan pelajar, pengurusan asrama serta latar belakang sosial mangsa dan rakan sekelilingnya.

Semalam, media melaporkan petugas sekolah antara pihak yang dipanggil polis bagi dirakam keterangan berhubung kes seorang pelajar Tingkatan Tiga terjatuh dari bangunan asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam.

Shazeli dilaporkan berkata, siasatan masih dijalankan dengan beberapa keterangan telah diambil membabitkan pelbagai pihak.

“Rakaman percakapan diambil termasuk daripada pihak sekolah,” katanya.

BHonline-

Tags: jatuh asramapelajar tingkatan tiga
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Jatuh Tingkat 3 Asrama: Hala Tuju Siasatan Polis Semakin Jelas

Pelajar Jatuh Tingkat 3 Asrama: Hala Tuju Siasatan Polis Semakin Jelas

31/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Siasatan berhubung insiden pelajar Tingkatan Tiga jatuh dari tingkat tiga sebuah asrama sekolah di Sabak Bernam kini berada...

‘Kita Sudah Rakam Keterangan 4 Pelajar Yang Bersama Mangsa Sebelum Dia Terjatuh Dari Asrama Di Tingkat Tiga’ – Polis

‘Kita Sudah Rakam Keterangan 4 Pelajar Yang Bersama Mangsa Sebelum Dia Terjatuh Dari Asrama Di Tingkat Tiga’ – Polis

26/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah memanggil dan merakam keterangan empat saksi yang juga rakan kepada pelajar lelaki Tingkatan Tiga yang parah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd