• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Kakak M Tak Puas Hati’ – Pendedahan Terbaru Rakaman Perbualan Zara Qairina Tular

oleh Mohd Arshad
09/08/2025
dalam Terkini
0
‘Kakak M Tak Puas Hati’ – Pendedahan Terbaru Rakaman Perbualan Zara Qairina Tular
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Perbualan telefon antara Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir bersama ibunya terus menjadi perhatian apabila rakaman kelima pula tular di media sosial, sekali lagi menyentuh nama ‘Kakak M’.

Rakaman video berdurasi 35 saat itu memperdengarkan Zara bercerita dengan ibunya, mengenai dua pelajar lain yang digelarkan sebagai ‘Kak M’ dan ‘Kak C’.

Dalam perbualan tersebut, Zara mendakwa dua pelajar berkenaan tidak berpuas hati dengannya, namun salah seorang daripadanya sudah berbaik semula.

“Mak, kan ada dua orang yang nda (tidak) puas hati dengan Ara ni… Yang namanya Kak C tu, Zara sudah berbaik dengan dia.

“Dia kata biarlah tu saja, benda yang lepas jangan dikenang. Yang kakak M ni nda pandai puas hati,” katanya.

Mendengar aduan itu, Noraidah Lamat, 45, bertanya kepada anaknya punca mereka tidak berpuas hati.

Namun, Zara menjelaskan dia sendiri tidak tahu sebabnya, tetapi salah seorang daripada mereka sudah melupakan perkara tersebut.

“Entahlah, Ra tidak tahu, tiba-tiba.. Tapi kakak yang satu tu lagi, kakak C tu okay saja dengan Zara mak…

“Dia kata biarlah saja.. Kalau jumpa dia, dia senyum macam biasa,” jelasnya.

Sebelum itu, peguam Hamid Ismail yang mewakili Noraidah ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan perbualan yang tular itu adalah antara Zara Qairina dan ibunya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan walaupun telefon bimbit Noraidah sudah diserahkan kepada pihak polis, rakaman suara tersebut turut disimpan oleh ahli keluarga lain.

“Dia (Noraidah) ada bagi ahli keluarga lain untuk simpanan sebelum ini,” katanya.

Zara Qairina, 13, dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai lalu.

Bagaimanapun, Zara Qairina disahkan meninggal dunia keesokan harinya dan kematiannya mendapat perhatian ramai terutama di media sosial selepas kejadian tersebut didakwa dikaitkan dengan kejadian buli di sekolah tersebut.

SinarHarian-

Tags: 'Kakak M'Zara Qairina
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Pelajar A Dakwa Diganggu Ibu Zara Qairina Melalui WhatsApp

Ibu Pelajar A Dakwa Diganggu Ibu Zara Qairina Melalui WhatsApp

02/02/2026
0

KOTA KINABALU: Ibu kepada Pelajar A, seorang daripada lima pelajar yang didakwa menghina Allahyarham Zara Qairina Mahathir, memaklumkan Mahkamah Koroner...

Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior

Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior

26/01/2026
0

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dilaporkan pernah berasa takut terhadap pelajar senior di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd