• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Zara Qairina Menitis Air Mata Semasa Proses Pengecaman

oleh Mohd Arshad
10/08/2025
dalam Terkini
0
Ibu Zara Qairina Menitis Air Mata Semasa Proses Pengecaman
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Noraidah Lamat, ibu kepada Zara Qairina Mahathir, menitiskan air mata melihat wajah anaknya semasa proses pengecaman dibuat sebelum proses bedah siasat dilakukan terhadap jenazah anak tunggalnya itu.

Perkara itu dikongsikan oleh peguam yang mewakilinya, Hamid Ismail ketika memberikan perkembangan berhubung proses bedah siasat yang sedang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) di sini.

“Proses bedah siasat masih lagi berlangsung, kita masih menunggu keputusannya. Jadi kita terpaksa bersabar.

“Memang mengambil masa yang lama. Kami tidak boleh masuk untuk tahu peringkat mana, tetapi pasukan peguam, Shahlan Jufri, berada di dalam.

“Suasana di dalam sayu, ibunya tadi sedih. Dia menitiskan air mata ketika proses pengecaman tetapi dia kuat,” katanya ketika ditemui pemberita pada Ahad.

Sementara itu, beliau turut mengambil peluang untuk menangkis beberapa perkara yang tular di media sosial ketika ini, termasuk satu video yang memaparkan seorang wanita menjerit dan memaklumkan ia bukanlah Noraidah.

“Saya mahu menyampaikan satu perkara, ada tular di TikTok video wanita menjerit-jerit, itu bukan ibu Zara. Saya harap penonton semua jangan sebar perkara-perkara fitnah. Kita tidak mahu ada orang yang difitnah.

“Kalau boleh, sokonglah ibu Zara yang sekarang ini emosinya dalam keadaan tertekan. Saya harap mereka faham,” jelasnya.

Tambah beliau, satu lagi perkara tular adalah mengenai pihak yang didakwa mengumpulkan dana untuk bayaran kos guaman.

Hamid sekali lagi menafikan perkara itu.

“Saya baru tahu ini daripada TikTok yang meminta sumbangan bagi bayaran guaman kepada kami. Kami tidak ada membuat sebarang kutipan sumbangan kerana kes ini adalah pro bono.

“Jadi jika ada pihak menubuhkan tabung untuk membayar khidmat guaman, itu semua adalah palsu. Tidak benar,” katanya.

SinarHarian-

Tags: IbuZara Qairina
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Pelajar A Dakwa Diganggu Ibu Zara Qairina Melalui WhatsApp

Ibu Pelajar A Dakwa Diganggu Ibu Zara Qairina Melalui WhatsApp

02/02/2026
0

KOTA KINABALU: Ibu kepada Pelajar A, seorang daripada lima pelajar yang didakwa menghina Allahyarham Zara Qairina Mahathir, memaklumkan Mahkamah Koroner...

Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior

Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior

26/01/2026
0

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dilaporkan pernah berasa takut terhadap pelajar senior di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd