• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Lelaki Kelar Leher Isteri, Direman Enam Hari Bantu Siasatan

oleh Mohd Arshad
30/08/2025
dalam Jenayah
0
Guru Lelaki Kelar Leher Isteri, Direman Enam Hari Bantu Siasatan
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU: Mahkamah Majistret di sini, hari ini membenarkan perintah reman selama enam hari terhadap seorang guru lelaki yang didakwa mengelar isterinya di bilik tidur mereka di Taman Tunas Muda, Sungai Ara dekat sini, Rabu lalu.

Majistret Zaireen Zainudin mengeluarkan perintah reman bermula hari ini sehingga 4 September bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Dalam prosiding permohonan reman hari ini, suspek berusia 30 tahun itu diwakili peguam Yazid Khairul Azman dan Muhaimin Hashim.

Terdahulu suspek tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Balik Pulau dengan menaiki kenderaan polis kira-kira jam 9.13 pagi dengan memakai kemeja T jersi rona biru gelap dan merah serta seluar trek berwarna hitam.

Guru terbabit kelihatan berada dalam keadaan sugul dengan tangan kiri berbalut sehingga paras siku selain turut terdapat kesan bekas jahitan pada lehernya.

Turut kelihatan beberapa kereta diparkir di tepi pagar mahkamah sejak jam 8 pagi, dipercayai milik ahli keluarga pasangan suami isteri itu.

Sebelum ini media melaporkan kegagalan menguruskan bebanan hutang dipercayai menjadi punca suspek berusia 30 tahun itu bertindak mengelar isterinya yang juga seorang guru, kira-kira jam 6 pagi, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam dilapor berkata siasatan awal mendapati lelaki terbabit membuat pinjaman bank untuk pelaburan saham selain menanggung bayaran ansuran barangan melalui platform e-dagang.

-Berita Harian

Tags: Kes Kelarreman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Reman Semula Pendakwah, Ketua Jabatan Kewangan Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

SPRM Reman Semula Pendakwah, Ketua Jabatan Kewangan Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

06/02/2026
0

ALOR SETAR: Seorang pendakwah bebas sekali lagi direman bersama seorang Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sebuah institusi pusat pendidikan dan...

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

02/02/2026
0

KUALA TERENGGANU – Seramai 33 penyokong Selangor FC dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Isnin bagi proses permohonan reman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd