• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Disyaki Meninggal Dunia Akibat Dipukul, Ibu Pelatih PALAPES Tuntut Siasatan Segera

oleh Mohd Arshad
01/08/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Disyaki Meninggal Dunia Akibat Dipukul, Ibu Pelatih PALAPES Tuntut Siasatan Segera
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH: Ibu kepada seorang pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor, menuntut agar siasatan segera dijalankan berhubung kematian anaknya sewaktu menjalani latihan dikendalikan pasukan itu Isnin lalu.

Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, berkata anaknya, Syamsul Haris Shamsudin, 22, meninggal dunia ketika menjalani latihan PALAPES UTM Pulada, Lapang Sasar Inokulasi Tempur, Pulada, Ulu Tiram, Johor dengan sebab kematian yang belum jelas serta meragukan.

Ibu tunggal itu berkata, pemerhatian terhadap jenazah anaknya sewaktu bedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail, Johor mendapati kecederaan teruk pada tubuh jenazah anaknya yang tidak selaras dengan maklumat awal bahawa kematian anaknya berpunca daripada sawan.

Kecederaan pada tubuh menyayat hati

Menurutnya, selain pendarahan dalam kuantiti banyak khususnya pada hidung dan mata yang dipercayainya terjadi susulan impak hentakan kuat di kepala, terdapat beberapa kecederaan lain seperti lebam dan luka pada badan termasuk bahagian leher serta bahu anaknya.

“Pada awalnya saya dimaklumkan pihak PALAPES bahawa sebab kematian anak saya adalah kerana kekejangan dan sawan ketika menyertai latihan itu pada hari ketiga, sedangkan ketika saya melihat jenazah anak saya, keadaannya sangat menyayat hati dengan kecederaan yang dialami pada tubuhnya.

“Darah membuak-buak mengalir dari hidung dan matanya dengan kesan lebam pada tubuh dilihat seperti dibelasah. Saya tak puas hati dengan alasan diberikan pihak PALAPES UTM bahawa keadaan anak saya itu berpunca daripada sawan,” katanya pada sidang media di premis Naran Singh & Co, di sini, hari ini.

Hadir sama peguam dilantik Ummu Haiman Bee, Datuk Naran Singh.

Kata Ummu Haiman Bee, susulan itu satu laporan polis dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, semalam bagi menuntut siasatan segera mengenainya dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kematian Syamsul Haris.

Syak anak dicederakan

“Saya syak anak saya dicederakan, dipukul atau dibelasah atau dengan kata lain dibunuh oleh mereka yang turut menyertai kem PALAPES berkenaan.

“Setakat ini punca kematian diklasifikasi sebagai ‘pending labotoray investigation’ (menunggu hasil penyelidikan makmal) dan saya difahamkan laporan sampel yang dihantar ke makmal itu diperoleh dalam masa tiga bulan,” kata Ummu Haiman yang menetap di Semenyih, Selangor.

Kata Ummu Haiman lagi, Syamsul Haris adalah anak sulungnya dari tiga beradik dan merupakan pelajar Semester 2 Ijazah Sarjana Muda Sekuriti Siber UTM, menyertai latihan PALAPES UTM bermula Sabtu lalu dan sepatutnya dijadual berakhir Ahad ini.

Katanya, kali terakhir dia berhubung anaknya itu adalah pada Sabtu lalu ketika Syamsul Haris menghubunginya untuk menceritakan persiapannya menyertai perkhemahan terbabit sebelum kembali berhubung melalui WhatsApp pada malam sehari sebelum berita kematian anaknya diterimanya.

“Malam sebelum hari kejadian arwah ada WhatsApp saya, dia perlu segera menghantar dan menyiapkan tugasan yang diarahkan oleh pensyarah.

Waktu itu dia sempat mengatakan dia perlu menyerahkan semula telefon kepada pegawai PALAPES.

“Sempat juga dia berpesan “Maa (emak), saya dah nak masuk baris, …saya kena serah telefon sekarang… Maa jaga diri baik-baik…” Dia juga ada katakan yang dia gembira apabila berjaya buat latihan tembakan pada hari Ahad itu juga dan kemudian hari berikutnya (Isnin) saya terima berita anak saya meninggal dunia,” katanya.

Jenazah Syamsul Haris dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, Semenyih, Selangor.

BHonline-

Tags: Ibumeninggal duniaPalapes
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

27/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan proses bedah siasat forensik dalam kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Allahyarham...

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd