• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Anak Saya Mungkin Dicucuk dadah, Virus Atau Air’ – Rafizi

oleh Mohd Arshad
14/08/2025
dalam Terkini
0
‘Anak Saya Mungkin Dicucuk dadah, Virus Atau Air’ – Rafizi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli beranggapan tiga kemungkinan mengenai cecair yang disuntik kepada anaknya dalam insiden serangan pada Rabu.

Walau bagaimanapun beliau berkata, keputusan perubatan hanya akan dapat diketahui dalam tempoh enam bulan selepas beberapa ujian dan pemantauan pihak perubatan.

“Pertama yang disuntik itu sama ada dadah atau racun. Kedua yang disuntik berbentuk viral, sama ada hepatitis, HIV dan lain-lain.

“Ketiga, ia hanya kosong seperti air. Jadi sebab itu anak saya perlu lalui proses (mengenal pasti bahan cecair disuntik) dalam masa beberapa bulan ini.

“Bagi tempoh 24 jam pertama, keutamaannya selain daripada ujian darah adalah kita buat ujian kenal pasti sama ada ia dadah atau racun,” katanya ketika sidang akhbar di bangunan Parlimen pada Khamis.

Sebelum ini dalam perkongsiannya di Facebook, Rafizi memaklumkan seorang lelaki mengheret anaknya yang berusia 12 tahun dan mencucuk dengan jarum suntikan secara tiba-tiba ketika mahu memasuki kereta untuk meninggalkan pusat beli-belah di Putrajaya pada 1.45 tengah hari, Rabu.

Dakwanya, semakan menunjukkan dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal mengekori kereta isterinya dan beliau berpandangan bahawa individu terbabit mungkin sudah merancang serangan berkenaan lebih awal.

Sementara itu bekas Menteri Ekonomi itu memaklumkan, keadaan anaknya ketika ini baik, sudah discaj dari hospital, malah pergi ke sekolah seperti biasa hari ini.

Bagaimanapun, Rafizi yang turut kelihatan sebak ketika sidang akhbar itu berkata, anak lelakinya akan melalui beberapa ujian lagi sepanjang enam bulan termasuk pemeriksaan penuh kesihatan.

“Alhamdulillah isteri dan anak saya berada dalam keadaan yang baik dan keputusan kami ialah kehidupan harus diteruskan.

“Jadi mana yang kena pergi sekolah, kena pergi sekolah. Isteri saya kena jaga kucing dan saya akan terus seperti biasa dalam rutin harian,” ujarnya.

SinarHarian-

Tags: Datuk Seri Rafizi Ramliinsiden serangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Ronnie Liu Puji Calon Bersama Bangkit Isu Penternakan Babi

PRN Johor: Ronnie Liu Puji Calon Bersama Bangkit Isu Penternakan Babi

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew memuji calon parti Bersama di Dewan Undangan Negeri...

Pemimpin Bersama Kesal Tindakan Kerajaan Perpaduan, Zaman Najib Pembangkang Boleh Guna Dewan Sekolah Cina

Pemimpin Bersama Kesal Tindakan Kerajaan Perpaduan, Zaman Najib Pembangkang Boleh Guna Dewan Sekolah Cina

22/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pusat Bersama, Gue Teck mengecam Kerajaan Perpaduan pimpinan Pakatan Harapan (PH) kerana didakwa menyekat penggunaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd