• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini
0
2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Dua pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) maut selepas terjatuh dari tempat tinggi melalui dua kejadian berasingan dalam tempoh 24 jam di sebuah kondominium di Taman Melati, di sini, semalam.

Kejadian pertama dilaporkan berlaku sekitar jam 6.45 pagi, di mana seorang pelajar perempuan berusia 22 tahun ditemui mati di laluan belakang kondominium selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 22.

Mangsa disahkan mati oleh pegawai perubatan yang melakukan pemeriksaan.

Kejadian kedua pula berlaku sekitar jam 8.30 malam, juga di kondominium sama membabitkan seorang pelajar lelaki berusia 21 tahun.

Berdasarkan maklumat orang awam, penuntut lelaki terbabit dipercayai jatuh dari tempat paling tinggi di kondominium itu yang mempunyai sebuah kafetaria.

Kedua-dua kejadian ini juga dilaporkan tidak mempunyai kaitan, namun berlaku pada hari sama dengan membabitkan pelajar universiti sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.

BHonline-

Tags: jatuh bangunanpelajarTAR UMT
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd