• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vape: Kerajaan Negeri Akan Jumpa Pemain Industri Sebelum Buat Keputusan – Exco

oleh Mohd Arshad
05/07/2025
dalam Terkini
0
Vape: Kerajaan Negeri Akan Jumpa Pemain Industri Sebelum Buat Keputusan – Exco
Share on FacebookShare on Twitter

Tanjong Malim: Kerajaan negeri akan bertemu dengan penggiat industri rokok elektronik, atau vape, sebelum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan larangan penjualan produk itu di Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak A Sivanesan berkata satu kajian menyeluruh sedang dilakukan daripada pelbagai sudut agar tidak menimbulkan sebarang masalah selepas larangan penjualan vape dilaksanakan.

Beliau berkata, kajian itu, yang diketuai Pengarah Kesihatan Negeri Perak Dr Feisul Idzwan Mustapha, turut membabitkan pihak pemain industri sebelum sebarang keputusan diambil pada Ogos ini.

“Kita mahu mendengar pandangan mereka dan sudah pasti larangan itu kelak akan memberi impak negatif kepada ekonomi tempatan dan sektor pekerjaan rakyat.

“Saya juga exco yang bertanggungjawab terhadap sumber manusia dan andai kata ada 50 pekerja, ia melibatkan 50 keluarga yang mungkin terkesan… jadi, semua sudut kena kaji,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2025 Peringkat Negeri Perak di Hospital Slim River di sini hari ini.

Sivanesan berkata, beliau turut mengesyorkan agar Kerajaan Persekutuan menyelaraskan undang-undang yang berkaitan dengan vape di seluruh negara.

“Jika arahan terus daripada menteri atau Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri maka lagi mudah kita lakukan pelaksanaannya di seluruh negara.

“Katakan Perak laksanakan larangan namun negeri jiran tidak, maka akan berlaku pula isu penyeludupan kerana ada negeri yang benarkan… jadi, jika nak laksanakan maka seluruh negara kena lakukan,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerajaan negeri masih memperhalusi dan menjalankan kajian mendalam berhubung cadangan pelaksanaan larangan penjualan vape di Perak.

-Harian Metro

Tags: Excokerajaan negeriPemain Industrivape
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Tidak Mahu Bertindak Sebagai ‘Rubber Stamp’, Pastikan Kepentingan Rakyat Terpelihara

Sultan Selangor Tidak Mahu Bertindak Sebagai ‘Rubber Stamp’, Pastikan Kepentingan Rakyat Terpelihara

06/05/2026
0

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak mahu bertindak sebagai “rubber stamp” atau sekadar formaliti dalam melaksanakan...

Ketua UMNO Bahagian Subang Beri Amaran Kepada PKR Selangor, UMNO Bukan Parti Picisan

Ketua UMNO Bahagian Subang Beri Amaran Kepada PKR Selangor, UMNO Bukan Parti Picisan

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Dr. Armand Azha Abu Hanifah mengecam kenyataan Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd