• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Saya Hanya Akan Letak Jawatan Jika Terbukti Curi Duit Rakyat’ – Anwar

oleh Mohd Arshad
19/07/2025
dalam Politik
0
‘Saya Hanya Akan Letak Jawatan Jika Terbukti Curi Duit Rakyat’ – Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

BAYAN LEPAS – “Saya tak akan turun, saya bukan curi duit rakyat.”

Demikian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengulas mengenai desakan pihak pembangkang dengan membawa slogan ‘Turun Anwar’ bagi mendesak perubahan kepimpinan negara.

Anwar menegaskan bahawa beliau hanya menjalankan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri untuk membantu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

“Apabila seseorang itu mempunyai kuasa, dia kena amanah. Kalau saya ikut cara lama, sampai bila negara nak maju, nak bersih?

“Sebab itu dasar sebelum ini kita ubah. Ini semua untuk apa? Untuk rakyat. Mana ada kontrak kita bagi begitu sahaja? Semua kena melalui tender.

“Jadi, apabila ada yang desak saya supaya turun, saya kata, Insya-ALLAH saya tidak akan turun, kecuali kalau saya curi duit rakyat.

“Kalau saya curi, bolehlah suruh saya turun. Tetapi ini, saya tak curi duit orang,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Pecah Tanah Kompleks Madani Teluk Kumbar di sini pada Sabtu.

Anwar turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi daerah Barat Daya untuk tujuan kemudahan asas.

Beliau menegaskan bahawa sebarang perubahan kepimpinan negara perlu dilakukan secara tertib dan melalui saluran sah di Parlimen.

“Negara ini aman. Jagalah keamanan ini. Negara-negara jiran kita, ada yang sedang bergolak.

“Kalau ada selera politik, tidak mengapa. Gunakan Parlimen untuk mengkritik. Kalau ada cukup jumlah (sokongan), bawa usul. Itu caranya.

“Tariklah mana-mana ahli Parlimen yang mahu sokong dia (pembangkang), silakan. Kalau saya kalah, saya akan undur diri dengan baik. Itu cara yang aman dan terhormat,” katanya.

Tambahnya, selagi tiada perubahan melalui proses sah, mandat rakyat harus dihormati.

“Kalau tidak, tunggulah pilihan raya. Bila PRU, saya belum umumkan lagi. Tapi untuk sekarang, jagalah keamanan negara,” ujarnya.

Mengulas mengenai isu-isu lama yang sering dibangkitkan terhadap dirinya, Anwar berkata perkara tersebut tidak lagi relevan memandangkan beliau telah hampir tiga tahun memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Kes saya itu sudah lama. Sekarang saya sudah hampir tiga tahun jadi Perdana Menteri.

“Saya juga sudah nyatakan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, kalau ada kes, saya tidak akan pertahankan.

“Kalau ada pemimpin yang memiliki kekayaan RM100 juta, dia perlu tampil dan beri penjelasan, jawab sendiri jika disiasat,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Dewan Pemuda Pas akan menganjurkan Himpunan Turun Anwar yang dijadual berlangsung pada 26 Julai, dengan jangkaan penyertaan seramai 50,000 peserta.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, pada 12 Julai lalu memaklumkan bahawa mobilisasi penyokong sedang giat dijalankan melibatkan semua peringkat, termasuk kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara.

-Sinar Harian

Tags: Anwar Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bukan Kerana Desakan, Tiada Kenaikan Sejak 10 Tahun Lalu – PM

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bukan Kerana Desakan, Tiada Kenaikan Sejak 10 Tahun Lalu – PM

05/01/2026
0

PUTRAJAYA: Keputusan kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam termasuk hakim bukan atas desakan mereka, sebaliknya dibuat kerana ada keperluan selepas...

‘Mengapa Anwar Boleh, Tetapi Najib Tidak Boleh?’ Soal Hassan Karim

‘Mengapa Anwar Boleh, Tetapi Najib Tidak Boleh?’ Soal Hassan Karim

22/12/2025
0

JOHOR BAHRU – Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin yang menolak permohonan semakan kehakiman berhubung Titah Adendum oleh bekas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd