• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peserta Hargai Khidmat Polis, Takiyuddin Mahu Program Berlangsung Aman

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini
0
Peserta Hargai Khidmat Polis, Takiyuddin Mahu Program Berlangsung Aman
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengingatkan peserta himpunan pembangkang hari ini agar mematuhi garis panduan ditetapkan dan memastikan perhimpunan berlangsung aman serta tertib.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu mengingatkan demikian ketika singgah memberi taklimat ringkas kepada peserta yang berkumpul di hadapan kompleks beli-belah Sogo, di sini.

Takiyuddin tiba sekitar jam 11 pagi dan sempat berinteraksi bersama peserta sebelum bergerak ke lokasi utama perhimpunan di Dataran Merdeka.

“Kita pastikan perhimpunan berlangsung dengan aman. Kalau nampak sesiapa yang lakukan kesalahan seperti cetus provokasi, kita tangkap dan serah kepada polis.” katanya.

Sementara itu, peserta himpunan yang berkumpul di sekitar Sogo berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kawalan keselamatan yang diberikan sepanjang perhimpunan berlangsung.

Tinjauan mendapati suasana perhimpunan ketika ini masih aman dengan kehadiran anggota polis yang ditempatkan di beberapa lokasi strategik, termasuk pemantauan menerusi dron dari udara.

Dalam pada itu, penganjur himpunan di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad menggunakan pembesar suara memaklumkan kepada peserta untuk bersedia bergerak ke Dataran Merdeka pada jam 1 tengah hari.

-Berita Harian

Tags: Himpunan Turun Anwarpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd