• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Macron Desak Pengiktirafan Palestin Sebagai ‘Satu-satunya Jalan Ke Arah Keamanan’

oleh Mohd Arshad
09/07/2025
dalam Terkini
0
Macron Desak Pengiktirafan Palestin Sebagai ‘Satu-satunya Jalan Ke Arah Keamanan’
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON: Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Selasa mendesak pengiktirafan kenegaraan Palestin dalam ucapannya di Parlimen United Kingdom (UK), dengan menyatakan bahawa ia adalah “satu-satunya jalan ke arah keamanan,” lapor PA Media/dpa.

Macron berkata, gencatan senjata adalah perkara yang “amat mendesak” dan penyelesaian dua negara akan membawa keamanan di rantau itu.

“Kami sedar bahawa penyelesaian politik adalah penting dan saya percaya kepada masa depan penyelesaian dua negara sebagai asas kepada struktur keselamatan serantau yang akan membolehkan Israel hidup dalam keadaan aman dan selamat bersama jirannya,” katanya.

“Tetapi saya ingin jelaskan, menyeru gencatan senjata di Gaza tanpa sebarang syarat pada hari ini adalah untuk memberitahu dunia bahawa bagi kami sebagai orang Eropah, tiada pendirian dua darjat dan kerana kami menghargai nyawa manusia, kerana kami menghargai integriti wilayah, kami mahu gencatan senjata tanpa perbincangan.

“Dan pada hari ini, bekerjasama untuk mengiktiraf negara Palestin dan memulakan momentum politik ini adalah satu-satunya jalan ke arah keamanan.”

Macron tiba di UK lebih awal pada Selasa ketika Perdana Menteri Britain Keir Starmer mendesak lebih banyak usaha untuk menghentikan bot-bot kecil daripada menyeberangi Selat Inggeris.

Terdahulu, Setiausaha Luar UK David Lammy enggan menetapkan garis masa bila UK akan mengiktiraf negara Palestin.

Lammy ditanya di Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan Rakyat mengenai masa yang sesuai untuk pengiktirafan itu.

“Saya tidak akan menetapkannya pada garis masa tertentu, kerana saya telah menjelaskan bahawa ini adalah situasi yang sedang berubah dan masih berlangsung.

“Terdapat rundingan gencatan senjata yang rumit sedang dijalankan. Saya telah menjelaskan isu-isu yang berkaitan, dan sama ada kita akan mencapai gencatan senjata… saya berharap kita akan dapat melakukannya,” katanya.

Lammy berkata beliau sedang berbincang dengan rakan sejawatnya dari Perancis dan Arab Saudi mengenai pengiktirafan itu, tetapi mahu melihat perubahan di lapangan.

Beliau berkata bahawa “walaupun terdapat gerakan pengiktirafan, apa yang kita lihat sebenarnya ialah lebih banyak tindakan pengilhakan di Tebing Barat” dan “ia tidak membawa kita lebih dekat kepada proses (penyelesaian), malah membawa kepada lebih banyak tindakan pengilhakan.”

Lammy berkata beliau “lebih suka jika ia menjadi sebahagian daripada proses” dan percaya bahawa “rakan Perancis kami juga sedang menunggu untuk melihat sama ada terdapat, sebenarnya, gencatan senjata dalam beberapa hari akan datang” bagi memulakan proses itu dan bahawa Kerajaan UK kekal “komited sepenuhnya” kepada pengiktirafan itu.

Bernama-

Tags: Emmanuel MacroniktirafPalestin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

05/12/2025
0

Oleh Mynewshub  Gaza/Al-Quds – Yasser Abu Shabab, individu yang selama ini digelar sebagai pengkhianat oleh penduduk Gaza kerana didakwa bersekongkol...

Nethanyahu Menolak Penyelesaian Dua Negara Palestin – Israel

Nethanyahu Menolak Penyelesaian Dua Negara Palestin – Israel

17/11/2025
0

ISU TERKINI: NETANYAHU TEGAS TOLAK PENUBUHAN NEGARA PALESTIN Laporan Khas Mynewshub KUALA LUMPUR, 17 Nov – Perdana Menteri Israel, Benjamin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd