• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Didakwa Rakam Imej Intim Di Tandas Hospital

oleh Mohd Arshad
28/07/2025
dalam Jenayah
0
Lelaki Didakwa Rakam Imej Intim Di Tandas Hospital
Share on FacebookShare on Twitter

MELBOURNE – Seorang lelaki berdepan lima tambahan pertuduhan berkaitan kes rakaman imej intim di sebuah tandas kakitangan hospital selepas ditahan polis di Croydon, Jumaat lalu.

Menurut kenyataan dikeluarkan Polis Victoria menerusi laman rasmi mereka, suspek berusia 27 tahun itu ditahan oleh pasukan detektif dari Pasukan Siasatan Kesalahan Seksual dan Penderaan Kanak-Kanak Mernda pada 25 Julai 2025 di sebuah premis di Croydon.

“Suspek telah disoal siasat dan didakwa dengan lima pertuduhan tambahan termasuk tiga pertuduhan menghasilkan imej intim, satu pertuduhan menggunakan peranti pengawasan optikal serta satu lagi kerana gagal mematuhi arahan untuk memberikan kerjasama,” menurut kenyataan itu.

Suspek telah direman dan dibawa ke Mahkamah Majistret Melbourne pada petang hari yang sama untuk menghadapi pertuduhan terbabit.

Difahamkan, pertuduhan terbaharu itu merupakan lanjutan kepada kes yang berlaku di Hospital Austin, Heidelberg pada 3 Julai lalu.

Dalam kejadian itu, suspek sebelum ini telah didakwa pada 10 Julai atas kesalahan menghendap dan menggunakan peranti pengawasan optikal.

“Peranti rakaman yang digunakan dipercayai sebuah telefon bimbit telah ditemui di dalam tandas kakitangan terhad hospital tersebut dan disyaki telah diletakkan di lokasi berkenaan dalam tempoh yang agak lama sebelum ia disedari kakitangan,” jelas Polis Victoria.

Siasatan turut mendapati lelaki itu pernah bertugas di beberapa hospital lain di sekitar pusat bandar Melbourne dan kawasan wilayah Victoria antara tahun 2020 hingga 2025.

Polis kini sedang dalam proses menghubungi hospital-hospital terlibat serta individu yang mungkin turut menjadi mangsa sepanjang tempoh suspek bekerja di fasiliti-fasiliti tersebut.

“Proses ini dijangka mengambil masa dan siasatan masih diteruskan.

“Maklumat lanjut akan dikongsikan dari masa ke masa,” menurut kenyataan itu lagi.

-Sinar Harian

Tags: hospitalImej Intim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan laporan mengenai pegawai perubatan siswazah bekerja sehingga 85 jam seminggu sebagai amat...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd