• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedutaan Malaysia Siasat Dakwaan Seorang Warganegara Antara Mangsa Feri Karam Di Bali

oleh Mohd Arshad
06/07/2025
dalam Terkini
0
Kedutaan Malaysia Siasat Dakwaan Seorang Warganegara Antara Mangsa Feri Karam Di Bali
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Indonesia bagi mengesahkan maklumat kemungkinan seorang warganegara Malaysia terbabit dalam insiden feri karam di Selat Bali.

Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata, usaha sedang dijalankan untuk mengesahkan identiti mangsa terbabit.

“Kedutaan sudah berhubung dengan pihak berkuasa Indonesia sejak awal lagi dan pada mulanya dimaklumkan tiada warganegara Malaysia terbabit dalam insiden itu.

“Namun, berikutan laporan terbaru menunjukkan kemungkinan terdapat seorang rakyat Malaysia antara mangsa, pihak kedutaan sedang giat bekerjasama dengan Jabatan Konsular Kementerian dan pihak berkuasa Indonesia bagi mengesahkan perkara ini,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menegaskan selagi operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan, pihak kedutaan akan terus menjalin hubungan rapat dan berterusan dengan semua agensi berkaitan.

Bagi mendapatkan bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di alamat Jl. H.R. Rasuna Said Kav.X/6, No. 1–3, Kuningan, Jakarta Selatan, Indonesia melalui talian +6281380813036 atau e-mel [[email protected]](mailto:[email protected]).

Mereka juga boleh menghubungi Konsul Kehormat Malaysia di Bali di talian +62361751953.

Media sebelum ini melaporkan sebuah feri membawa 12 anak kapal, 53 penumpang dan 22 kenderaan karam di Selat Bali lewat malam Rabu lalu ketika dalam perjalanan dari Jawa Timur ke Bali.

Setakat semalam, sekurang-kurangnya enam maut, 29 masih hilang dan 30 yang lain berjaya diselamatkan, kata Kementerian Pengangkutan Indonesia.

Bernama-

Tags: Baliferi karamwarganegara malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelancong Terkejut Jumpa ‘Air Terjun’ Berbau Najis Di Pantai Bali – Ada Yang Mandi Disitu

Pelancong Terkejut Jumpa ‘Air Terjun’ Berbau Najis Di Pantai Bali – Ada Yang Mandi Disitu

05/12/2025
0

PULAU BALI – Tular sebuah video memaparkan detik seorang pelancong terkejut menemui ‘air terjun’ berbau busuk seperti kumbahan manusia ketika...

Bali Digegarkan Gempa 5.8 Richter, Penduduk Lari Bertempiaran

Bali Digegarkan Gempa 5.8 Richter, Penduduk Lari Bertempiaran

22/08/2022
0

BALI: Gempa bumi berukuran 5.8 skala Richter menggegarkan Kuta Selatan, Bali hari ini, namun tidak berisiko menyebabkan tsunami. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd