BALI: Gempa bumi berukuran 5.8 skala Richter menggegarkan Kuta Selatan, Bali hari ini, namun tidak berisiko menyebabkan tsunami.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Perkara itu diamklumkan oleh Badan Meteorologi, Iklim dan Geofizik menerusi akauan Twitter rasminya.
Menurut badan tersebut, gempa itu berlaku pada pukul 3.36 petang waktu tempatan dengan kedalaman 124 kilometer.
Dalam pada itu, penduduk setempat di Badung memaklumkan, gegaran terasa amat kuat sehingga tingkap dan pintunya retak.
“Pada mulanya, gegaran terasa tidak begitu terasa, namun menjadi semakin kuat sehingga mencetuskan panik dalam kalangan penduduk setempat.
“Ada di antara kami lari ke kawasan tinggi kerana bimbang berlakunya tsunami,” kata penduduk yang dikenali sebagai Kadafi.
Selain itu, beberapa penduduk lain yang ditemukan memberitahu, mereka takut untuk pulang ke rumah ketika ini kerana bimbang berlaku gempa susulan yang kuat.
Penduduk memaklumkan, mereka hanya pulang ke rumah selepas keadaan menjadi selamat.
Seorang lagi penduduk, Mayang menceritakan, dia berada di dapur sedang memasak untuk keluarganya ketika gempa itu berlaku.
“Saya panik, anak-anak ketakutan. Rumah kami terlalu dekat dengan laut, sudah tentu kami bimbang jika berlaku tsunami.
“Atap rumah saya bergegar dengan kuat dan tanpa memikirkan apa-apa, saya membawa anak-anak keluar dari rumah menuju ke tempat selamat,” ujarnya.
UtusanOnline-