• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Ismanira Lemah Lembut, Penyayang’ – Saksi Pembelaan Kes Pengabaian Zayn Rayyan

oleh Mohd Arshad
24/07/2025
dalam Terkini
0
‘Ismanira Lemah Lembut, Penyayang’ – Saksi Pembelaan Kes Pengabaian Zayn Rayyan
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Seorang saksi dalam kes pengabaian Zayn Rayyan Abdul Matin, mendedahkan dia tidak pernah melihat kanak-kanak autistik itu dan adiknya, Zahin Mateen dibiarkan bersendirian tanpa pengawasan di kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai sepanjang menetap di perumahan itu sejak 2019.

Saksi keempat pembelaan, Umi Syafiqah Rohizal,30, yang juga rakan baik tertuduh kes itu, Ismanira Abdul Manaf memberitahu mahkamah, dia menetap di Blok S Apartmen Idaman, berdekatan dengan Blok R, tempat Ismanira tinggal bersama suami dan dua anak mereka, antara 2019 hingga tahun lalu.

Katanya, dia akan melihat Ismanira dan dua anak lelakinya menuruni anak tangga blok mereka ke parkir motosikal pada setiap pagi untuk menghantar kanak-kanak itu ke sekolah dan taska.

“Selalunya saya dan Ismanira berjumpa pada waktu pagi sebelum pergi kerja dan kadangkala pada waktu petang (selepas) balik kerja. Kebiasaannya saya melihat (tiga beranak itu) sebelum waktu saya pergi kerja sebab Ismanira akan turun (tangga) melalui (tempat) parkir motosikal saya.

“Selalunya Ismanira akan pegang (pimpin) tangan anaknya, sama ada Zayn atau Mateen di sebelah kiri dan kanannya semasa turun dari blok mereka melalui kawasan parkir motosikal,” katanya pada sesi pemeriksaan utama peguam, Haresh Mahadevan yang mewakili Ismanira di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.

Ditanya sama ada dia pernah melihat kedua-dua anak rakan baiknya itu dibiarkan keseorangan di taman permainan atau mana-mana kawasan di blok itu, Umi Syafiqah menjawab: “Tidak pernah”.

Dia juga mengakui tidak pernah melihat Ismanira berseorangan tanpa kehadiran anaknya dan tidak pernah melihat Zayn Rayyan di taman permainan pada bila-bila masa tanpa kehadiran kedua-dua ibu bapanya itu.

Sementara itu, Umi Syafiqah menyifatkan keperibadian Ismanira yang dikenalinya sejak 21 tahun lalu sebagai seorang penyayang dan lemah lembut.

“Saya mengenali Ismanira dari Darjah Tiga, dia seorang yang lemah lembut dan penyayang. Kami terputus hubungan selepas habis sekolah dan berhubung kembali di media sosial pada 2018,” katanya.

Isnin lalu, Hakim Dr Syahliza Warnoh memerintahkan Ismanira membela diri, manakala suaminya Zaim Ikhwan Zahari dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan pindaan, Zaim Ikhwan dan Ismanira sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka, Zayn Rayyan, 6, didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai sehingga kawasan sungai berdekatan, antara 12 tengah hari 5 Disember hingga 9.55 malam 6 Disember 2023.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang pada 5 Disember 2023 sebelum mayatnya ditemukan keesokannya di aliran anak sungai berhampiran rumahnya. Perbicaraan bersambung lagi 4 Ogos ini.

BHonline-

Tags: IsmaniraKes Zayn Rayyan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Semoga Allah Melaknat Kau. Kau Tunggu, Botak’ – Suami Ismanira

‘Semoga Allah Melaknat Kau. Kau Tunggu, Botak’ – Suami Ismanira

31/10/2025
0

PETALING JAYA: "Semoga Allah melaknat kau. Kau tunggu, botak (menunjukkan jari ke arah pegawai penyiasat, Deputi Superintendan Mohd Hafizee Ismail)."...

Ismanira Dipenjarakan Serta-Merta, Permohonan Tangguh Hukuman Ditolak

Ismanira Dipenjarakan Serta-Merta, Permohonan Tangguh Hukuman Ditolak

31/10/2025
0

Petaling Jaya: Ismanira Abdul Manaf iaitu ibu kepada kanak-kanak lelaki autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin yang dijatuhi hukuman penjara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd