Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR, 1 Julai 2025 – Dalam era digitalisasi perniagaan, sistem e-Invois yang dibangunkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah membuka ruang kepada pengurusan operasi yang lebih cekap dan berautomasi. Inisiatif ini direka untuk menyokong keperluan operasi harian, terutamanya bagi Perusahaan Kecil, Mikro dan Sederhana (PMKS) dalam mengurus perekodan serta aktiviti perniagaan dengan lebih sistematik.
Apa Itu e-Invois?
e-Invois merupakan invois elektronik yang membolehkan maklumat transaksi perniagaan dilaporkan secara digital terus kepada HASiL. Ia menggantikan penggunaan invois tradisional seperti invois bercetak atau dalam format PDF. Melalui sistem ini, pengoperasian perniagaan dapat dilaksanakan dengan lebih telus, efisien dan mudah, sekali gus memudahkan pematuhan cukai secara menyeluruh.
Kelebihan e-Invois untuk Bisnes Kecil
Dengan penggunaan e-Invois, pemilik perniagaan tidak lagi perlu risau tentang kehilangan resit kerana semua rekod transaksi disimpan secara digital. Ini memudahkan semakan jualan, di mana maklumat perniagaan dapat diakses dengan mudah pada bila-bila masa bagi tujuan semakan atau rujukan. Di samping itu, e-Invois turut menyokong pematuhan cukai yang lebih tepat dan telus, sekaligus mengurangkan risiko kesilapan atau keperluan semakan audit. Penggunaan sistem invois yang sah dan profesional juga meningkatkan keyakinan pelanggan serta pembekal terhadap perniagaan anda. Malah, rekod kewangan yang lengkap dan tersusun dengan menggunakan e-Invois dapat memudahkan urusan permohonan pinjaman atau pembiayaan daripada institusi kewangan.

fasa berdasarkan jumlah pendapatan atau jualan tahunan perniagaan.
MyInvois: Kemudahan e-Invois Percuma untuk Semua Jenis Perniagaan
Bagi menyokong pelaksanaan e-Invois secara menyeluruh dan inklusif, HASiL telah menyediakan dua mekanisme percuma yang mesra pengguna — Portal MyInvois dan Sistem MyInvois e-POS.
Portal MyInvois merupakan platform penghantaran e-Invois yang disediakan secara percuma melalui Portal MyTax, iaitu gerbang e-Perkhidmatan rasmi HASiL. Ia direka khas untuk pembayar cukai yang belum mempunyai sistem perniagaan tersendiri, terutamanya perusahaan mikro dan kecil. Portal ini membolehkan pengguna mengemukakan e-Invois dengan mudah, bila-bila masa dan di mana jua, sama ada menggunakan komputer, komputer riba mahupun telefon pintar.
Melengkapi fungsi ini, Sistem MyInvois e-POS pula adalah platform digital Point-of-Sale (POS) yang turut ditawarkan secara percuma kepada perusahaan mikro dan kecil. Sistem ini bukan sahaja membantu dalam pengurusan jualan, perakaunan, inventori dan laporan kewangan, malah membolehkan penjual menjana e-Invois secara automatik ketika transaksi dilakukan. Pembeli juga boleh memohon e-Invois selepas transaksi, menjadikan proses ini lebih fleksibel dan efisien.
Dengan kedua-dua kemudahan ini, HASiL menyediakan sokongan yang komprehensif bagi membantu pembayar cukai melaksanakan e-Invois secara sistematik, cekap dan tanpa kos tambahan sebagai langkah proaktif ke arah pendigitalan sistem percukaian negara secara menyeluruh.

secara percuma melalui Portal MyTax, iaitu gerbang e-Perkhidmatan rasmi HASiL.

setiap invois anda dikemukakan dengan betul, mudah dan tersusun.
Panduan Untuk Usahawan Kecil
Bagi memastikan penggunaan e-Invois yang lebih cekap, pemilik perniagaan disarankan untuk menyimpan maklumat pelanggan dan produk di dalam sistem. Langkah ini membolehkan e-Invois dijana dengan lebih pantas dan menjimatkan masa. Selain itu, pastikan e-Invois dikeluarkan sejurus selepas transaksi jualan dilakukan bagi memastikan rekod sentiasa terkini dan teratur. Bagi memudahkan akses, pengguna digalakkan menggunakan peranti mudah alih atau komputer riba supaya e-Invois dapat diakses diurus dengan lebih fleksibel, pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Kesimpulan
Penggunaan e-Invois bukan sekadar memudahkan urusan percukaian, malah turut membantu meningkatkan tahap profesionalisme dan kecekapan pengurusan perniagaan anda. Jangan tunggu hingga ke saat akhir! Daftarlah sekarang dan bersedia menghadapi era pendigitalan cukai yang lebih sistematik dan teratur.
Layari https://www.hasil.gov.my/e-invois/ untuk maklumat lanjut dan panduan lengkap pelaksanaan e-Invois.

kurang daripada RM500,000* adalah dikecualikan daripada pelaksanaan e-Invois.