• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

145 Ketua UMNO Bahagian Desak PM Segera Laksanakan Titah Adendum

oleh Mohd Arshad
18/07/2025
dalam Politik
0
145 Ketua UMNO Bahagian Desak PM Segera Laksanakan Titah Adendum
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Seramai 145 Ketua UMNO Bahagian seluruh negara, termasuk dari Sabah, mendesak supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim segera mengambil tanggungjawab penuh melaksanakan Titah Adendum bagi membenarkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah.

Mereka menegaskan ia sebagaimana diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-16, sekali gus tiada lagi alasan untuk melengah-lengahkan pelaksanaannya.

Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah, berkata kesemua mereka turut mendesak Peguam Negara menarik balik rayuan yang difailkan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bertarikh 6 Januari 2025 berkait kes Titah Adendum itu.

“Sebagai penasihat undang-undang tertinggi kerajaan, Peguam Negara seharusnya menjunjung titah Raja serta mendukung keadilan dan bukan menghalangnya.

“Selain itu, semua Ketua UMNO Bahagian di seluruh negara yang belum bersidang, dicadangkan membawa usul khas mengenai isu Titah Adendum ini dalam persidangan bahagian masing-masing.

“Usul ini penting sebagai bukti kesepakatan dan solidariti parti dalam mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu serta menegakkan prinsip keadilan untuk semua,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perjumpaan Khas Ketua-Ketua UMNO Bahagian, di sini, malam ini.

Antara yang hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Langkawi; Datuk Mohd Nazifuddin Najib; Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (Alor Setar), Datuk Suraya Yaacob (Pendang), Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Jerai), Datuk Johan Abdul Aziz (Hulu Langat), dan Datuk Seri Ahmad Said (Kemaman).

Mengulas lanjut, Mohd Shafei berkata, Ketua-ketua UMNO bahagian menegaskan perkara itu bukan hanya soal individu tetapi juga soal kedaulatan undang-undang, penghormatan kepada institusi diraja dan prinsip keadilan

Perjumpaan khas malam ini antara lain membincangkan desakan akar umbi UMNO berhubung Titah Adendum terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Ia susulan Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum yang dikatakan titah oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-16 untuk membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan dalam rumah.

Sebaliknya, media melaporkan AGC mempertikaikan prosedur untuk mengemukakan titah itu sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman Najib di Mahkamah Tinggi.

-Berita Harian

Tags: Ketua UMNO Bahagiannajib razaktitah adendumUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pas tidak menghalang usaha perpaduan Melayu dan Islam, namun menolak perpaduan yang menurut parti itu tidak mendaulatkan...

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sempena Sambutan Ulang Tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd