• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TERKINI: Permit Syarikat Bas Nahas Gerik Dibatalkan Serta-merta

oleh Mohd Arshad
11/06/2025
dalam Terkini
0
TERKINI: Permit Syarikat Bas Nahas Gerik Dibatalkan Serta-merta
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Semua permit syarikat pengendali bas persiaran yang terbabit dalam kemalangan di Gerik, Perak dibatalkan serta-merta berikutan pelanggaran beberapa syarat permit.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata pemilik syarikat melakukan dua kesalahan besar iaitu permit pengendalian bas dipajak kepada pihak ketiga dan pengendalinya tidak mengaktifkan GPS.

“Pemilik memajak kepada pihak ketiga. Pemilik beralamat di Kedah dan dipajakkan kepada pengendali di Kelantan dan dibayar RM500 sebulan.

“Ini melanggar syarat. Apabila mereka diminta serahkan laporan GPS, mereka tak dapat (serahkan) sebab GPS pun tak diaktifkan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Loke menegaskan, tiada peluang rayuan diberikan kepada syarikat pengendali bas ini, manakala pembatalan permit adalah kekal dan tidak berubah.

“Tidak ada rayuan lagi. Walaupun ada proses rayuan yang dia boleh buat, tapi saya mahu nyatakan tidak akan dilayan rayuan dia, akan dibatalkan serta merta. Kerana ini menunjukkan kecuaian yang tidak boleh dimaafkan.

“Pertama dia melanggar syarat, pajakan (bas kepada pihak ketiga). Maknanya dia tak bertanggungjawab ke atas bas itu. Kedua, syarat sangat penting, ada GPS dia tak pasang dan aktifkan. Ini menunjukkan pemilik ini tidak bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata, sungguhpun pemandu bas berkenaan mendakwa kononnya brek kenderaan itu tidak berfungsi, sehingga menyebabkan kemalangan maut, itu hanya sekadar kenyataan saja.

Siasatan forensik akan tentukan dakwaan brek rosak

“Kita akan buat siasatan terperinci, forensik dan sebagainya untuk melihat sama ada betul atau tidak dakwaan itu. Tapi daripada rakaman ‘dashcam’ pengguna jalan raya lain, amat jelas ketika itu bas memotong dengan laju, memecut dan akhirnya dia terbabas.

“Daripada aspek ini, memang kita akan buat siasatan yang lebih terperinci. Sudah tentu kita akan membantu dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk mengambil tindakan pendakwaan seterusnya,” katanya.

Pangkalan data semua pemandu bas ekspres, pesiaran

Dalam pada itu, Loke berkata, dalam mesyuarat Jemaah Menteri pagi tadi, dipersetujui langkah Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk membina satu pangkalan data, yang mana ia akan memuatkan rekod semua pemandu sama ada bas ekspres atau bas persiaran.

Katanya, pangkalan data itu akan dibangunkan APAD, supaya mana-mana pemandu yang ada rekod lampau boleh disenaraihitamkan.

“Sekarang dalam sistem kita belum ada pangkalan data yang menghimpunkan semua pemandu, kita hanya ada pelesenan. Sama ada mereka ada rekod atau tidak, syarikat menggaji mereka tidak ada rujukan. Dalam sistem itu, kalau pemandu yang buruk itu, dia didapati tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik atau dipecat dari syarikat A, dia mungkin pergi ke syarikat B.

“Dalam pasaran juga mungkin ada pemandu yang berwibawa. Jadi kita mahu bangunkan satu pangkalan data untuk pemandu bas khususnya yang ada rekod lampau untuk jadi rujukan pengendali dan syarikat operasi,” katanya sambil menjelaskan Jemaah Menteri juga sudah mengarahkan MOT supaya memberikan penekanan tegas terhadap isu penguatkuasaan dan latihan serta penilaian kepada pemandu.

BHonline-

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Maszlee Buat Kelakar, Itu Jalan Persekutuan Bukan Jalan Negeri – Shahrol Shiro

Maszlee Buat Kelakar, Itu Jalan Persekutuan Bukan Jalan Negeri – Shahrol Shiro

01/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Maszlee Malik didakwa tersilap apabila membuat 'content' untuk mengkritik keadaan jalan di...

Kasut Kurniaan Sultan Johor – Onn Hafiz

Pemimpin Hebat Akan Bubar DUN/Parlimen Awal, Yang Ditolak Rakyat Akan Bergayut Pada Kuasa Selama Boleh

01/07/2026
0

Oleh Mynewshub CEPLOS parti tertentu sibuk duk bertanya mengapa Onn Hafiz bubar DUN Johor awal....sebenarnya takda la awal mana pun...dah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd