• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skandal Rasuah ADUN Sabah: Pemberi Maklumat Akan Didakwa 30 Jun Ini

oleh Mohd Arshad
18/06/2025
dalam Jenayah
0
Skandal Rasuah ADUN Sabah: Pemberi Maklumat Akan Didakwa 30 Jun Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Kinabalu: Pemberi maklumat skandal rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah akan didakwa di Mahkamah Kota Kinabalu pada 30 Jun ini.

Peguamnya, Mahajoth Singh berkata, anak guamnya bersama beliau hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pagi tadi bagi memberikan kenyataan lanjut.

“Pada awalnya kami dimaklumkan proses rakaman kenyataan itu akan berlangsung dalam tempoh yang singkat.

“Namun, sebaik tiba, kami diberitahu mereka menerima arahan dari pihak atasan untuk mendakwa anak guam saya,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Sejak November lalu, pemberi maklumat itu dilaporkan menyerahkan beberapa rakaman video berkaitan lesen perlombongan yang membabitkan beberapa ADUN Sabah kepada sebuah portal berita.

Pemberi maklumat itu kini dibebaskan dengan jaminan.

“Anak guam saya kekal tenang dan berpendirian teguh meskipun SPRM memilih mendakwanya dan bukannya memberi perlindungan sebagai pemberi maklumat dalam isu yang mempunyai kepentingan awam yang amat besar,” kata Mahajoth.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan dua ADUN Sabah dan seorang orang awam akan didakwa sebelum akhir bulan ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang individu bertemu dengan pegawai SPRM pada 30 Oktober lalu berkaitan video tular dakwaan skandal rasuah.

Peguam kepada pemberi maklumat itu dilapor memainkan rakaman audio berdurasi 17 saat yang memperdengarkan beberapa orang sedang berbincang tentang sejumlah wang dalam suatu pertemuan.

-Harian Metro

Tags: Pemberi MaklumatSkandal Rasuah ADUN Sabah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Menteri Kesihatan Melawat Abdul Hadi Di IJN

Next Post

Trump Dan Israel Berbohong, Tiada Bukti Iran Bina Senjata Nuklear

Related Posts

Pemberi Maklumat: Fahami Prosedur Perlindungan, Jangan Dedah Pada Umum – SPRM

Pemberi Maklumat: Fahami Prosedur Perlindungan, Jangan Dedah Pada Umum – SPRM

20/06/2025
0

Kuala Lumpur: Individu yang melaporkan secara terus sebarang maklumat salah laku kepada agensi penguat kuasa serta memenuhi kriteria dan syarat...

Urus JDT Ibarat Jaga 32 Bayi Kaya – TMJ

‘Pemberi Maklumat Perlu Dilindungi, Akta Kebebasan Maklumat Tak Boleh Dibuat Tergesa-gesa’

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menolak kemungkinan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dipinda terlebih dulu sebelum membentangkan Akta Kebebasan Maklumat...

Next Post
Trump Dan Israel Berbohong, Tiada Bukti Iran Bina Senjata Nuklear

Trump Dan Israel Berbohong, Tiada Bukti Iran Bina Senjata Nuklear

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd