• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemberi Maklumat: Fahami Prosedur Perlindungan, Jangan Dedah Pada Umum – SPRM

oleh Mohd Arshad
20/06/2025
dalam Terkini
0
Pemberi Maklumat: Fahami Prosedur Perlindungan, Jangan Dedah Pada Umum – SPRM
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Individu yang melaporkan secara terus sebarang maklumat salah laku kepada agensi penguat kuasa serta memenuhi kriteria dan syarat ditetapkan akan diberikan perlindungan sebagai pemberi maklumat.

Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata ia adalah antara perkara penting yang perlu difahami oleh masyarakat selain tidak boleh mendedahkan maklumat kepada umum.

Beliau berkata, meskipun Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 melindungi pemberi maklumat daripada tindakan balas tidak wajar, ia hanya dapat dilaksanakan dengan syarat laporan dibuat mengikut prosedur yang sah kepada agensi penguat kuasa seperti SPRM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Ada yang berpendapat sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat mengenai salah laku boleh memohon perlindungan sebagai pemberi maklumat atau whistleblower, tetapi hakikatnya tidak semudah itu.

“Salah faham yang sering timbul ialah kepercayaan pemberi maklumat boleh mendedahkan maklumat secara umum contohnya kepada media atau media sosial sebelum memohon perlindungan.

“Ini adalah tanggapan yang salah,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata selain itu, bagi mendapatkan perlindungan pemberi maklumat, laporan berkenaan juga perlu dibuat dengan niat baik dan bukannya bermotifkan dendam atau fitnah selain pemberi maklumat tidak terlibat dalam kesalahan yang dilaporkannya.

“Seperti dalam Seksyen 11(1) Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, ia jelas menyatakan bahawa perlindungan boleh dibatalkan jika pemberi maklumat berkenaan didapati turut terlibat dalam salah laku yang didedahkan.

“Ini bagi memastikan integriti pemberi maklumat dan mengelakkan mereka daripada menyalahgunakan status perlindungan sebagai ‘perisai’ untuk melindungi diri mereka daripada kesalahan yang dilakukan,” katanya.

Beliau berkata walaupun undang-undang dapat melindungi pemberi maklumat, namun individu itu masih berdepan pelbagai cabaran termasuk dilabel sebagai ‘pengadu’ atau ‘pengkhianat’, kebimbangan terhadap ancaman dan diskriminasi selain kurangnya pemahaman mengenai prosedur sah untuk memohon perlindungan.

Wan Shaharuddin berkata dalam usaha menggalakkan lebih ramai individu tampil membuat laporan berkaitan rasuah, kerajaan telah memperkenalkan insentif tunai dan pengiktirafan kepada penjawat awam yang melaporkan rasuah kepada SPRM sejak 2011.

Beliau berkata setakat tahun lalu, sebanyak 514 penjawat awam telah menerima ganjaran melebihi RM1 juta dengan ganjaran tertinggi sebanyak RM100,000 pernah diberikan kepada seorang penjawat awam.

Wan Shaharuddin berkata selain itu, bagi memperkukuh perlindungan pemberi maklumat, kerajaan telah membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlindungan Pemberi Maklumat (Pindaan) 2025 di Dewan Rakyat pada 6 Mac lepas.

“Pindaan itu bertujuan memperkasakan lagi perlindungan kepada pemberi maklumat yang melaporkan salah laku terutamanya dalam sektor awam dan swasta berkaitan gejala rasuah yang dijangka memberikan perlindungan lebih komprehensif kepada pemberi maklumat termasuk perlindungan daripada tindakan memudaratkan dan kekebalan daripada tindakan sivil atau jenayah.

“Pindaan ini diharapkan dapat menggalakkan lebih ramai individu untuk tampil melaporkan salah laku tanpa rasa takut,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Pemberi MaklumatSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘DNAA Kes SRC Najib Urusan Hakim, Saya Tak Masuk Campur’ – PM Anwar

Next Post

Kes Tembak Di Meru, Polis Siasat Jika Ada Elemen Kongsi Gelap

Related Posts

Tiada Salah Laksana Keadilan Terhadap Na’imah – Pendakwa Raya

Tiada Salah Laksana Keadilan Terhadap Na’imah – Pendakwa Raya

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, pertuduhan terhadap isteri bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin berhubung kesalahan gagal...

Syarikat Pembekal Susu Tepung Disyaki Manipulasi Harga Hingga 50 Peratus

Syarikat Pembekal Susu Tepung Disyaki Manipulasi Harga Hingga 50 Peratus

10/07/2025
0

Kuala Lumpur: Sebuah syarikat pembekal susu tepung yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai memanipulasi harga antara 10 hingga...

Next Post
Kes Tembak Di Meru, Polis Siasat Jika Ada Elemen Kongsi Gelap

Kes Tembak Di Meru, Polis Siasat Jika Ada Elemen Kongsi Gelap

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd