• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Pemberi Maklumat Perlu Dilindungi, Akta Kebebasan Maklumat Tak Boleh Dibuat Tergesa-gesa’

oleh Mohd Arshad
30/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Urus JDT Ibarat Jaga 32 Bayi Kaya – TMJ
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menolak kemungkinan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dipinda terlebih dulu sebelum membentangkan Akta Kebebasan Maklumat bagi membolehkan pemberi maklumat mendapat skop perlindungan yang lebih luas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman, berkata pembentangan Akta Kebebasan Maklumat yang tertangguh dan dijangka dibentangkan pada tahun depan, tidak boleh dibuat dalam keadaan tergesa-gesa.

Beliau berkata, ini kerana perlu ada keseimbangan dengan melihat kedua-dua akta terbabit untuk memberi perlindungan sepenuhnya kepada pemberi maklumat.

“Kita bercakap mengenai Akta Kebebasan Maklumat, perlunya pindaan dilakukan tetapi mungkin tak sempat (dibentang) tahun ini, Insya-Allah pada tahun depan.

“Akta Kebebasan Maklumat ini sangat penting kerana perlu dilihat sekali dengan Akta Rahsia Rasmi 1972. Jadi perlunya satu ‘balancing act’ (keseimbangan akta) yang mana Akta Rahsia Rasmi kemungkinan dipinda supaya Akta Pemberi Maklumat mempunyai skop yang lebih luas.

“Kita tak boleh hanya datang ke Parlimen membuat pindaan sewenang-wenangnya tanpa membuat libat urus bukan saja dengan ahli politik atau wakil di sini iaitu kedua belah blok (kerajaan dan pembangkang), tetapi juga agensi terbabit yang akan melaksanakan perkara ini.

“Kita tidak senyap mengenai hal ini, bahkan kita bercakap sebab kita mempunyai kesedaran perlunya satu perubahan dari segi landskap. Apa guna nak cakap contohnya mempunyai undang-undang begitu ketat kalau Akta Kebebasan Maklumat tidak memberi perlindungan sepenuhnya kepada pemberi maklumat. Siapa nak buat aduan? Ia tidak boleh bergerak bersendirian tanpa mempunyai undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2024 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Menjawab celahan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) adakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina berkata, suruhanjaya itu bukan di bawah jabatannya.

Bagi menjelaskan hal itu dengan lebih lanjut, Azalina berkata, beliau akan memberikan jawapan bertulis kepada Takiyuddin.

“Saya tak boleh menjawab sebab ada pengasingan kuasa. Saya bukan menteri yang menjaga SPRM, tak boleh jawab dan saya juga bukan pendakwa raya. Saya tidak bertanggungjawab (ke atas SPRM).

“Saya boleh jawab (SPRM di bawah siapa), tetapi bukan (menteri) bertanggungjawab. Kalau nak jawab, saya boleh bagi jawapan bertulis,” katanya.

BHonline-

Tags: Akta Rahsia Rasmi 1972Azalina OthmanPemberi Maklumat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemberi Maklumat: Fahami Prosedur Perlindungan, Jangan Dedah Pada Umum – SPRM

Pemberi Maklumat: Fahami Prosedur Perlindungan, Jangan Dedah Pada Umum – SPRM

20/06/2025
0

Kuala Lumpur: Individu yang melaporkan secara terus sebarang maklumat salah laku kepada agensi penguat kuasa serta memenuhi kriteria dan syarat...

Skandal Rasuah ADUN Sabah: Pemberi Maklumat Akan Didakwa 30 Jun Ini

Skandal Rasuah ADUN Sabah: Pemberi Maklumat Akan Didakwa 30 Jun Ini

18/06/2025
0

Kota Kinabalu: Pemberi maklumat skandal rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah akan didakwa di Mahkamah Kota Kinabalu pada 30...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd